Sunday, September 06, 2015
NurulHidayah Bukan Ibu Tunggal.. Akan Saman Astro Awani Dan Blogger.
Berikutan penyebaran sebuah artikel yang bertajuk "13 perkara tentang
Datuk Nurulhidayah Zahid" yang disiarkan didalam portal Astro Awani,
anak Timbalan Perdana Menteri tersebut mempertimbangkang untuk menyaman
portal terbabit serta blogger yang menyebarkan artikel berkenaan.
Perkara 11 didalam artikel tersebut jelas bercanggah dengan fakta yang
sebenar iaitu menyatakan Datuk Nurulhidayah sebagai Ibu Tunggal.
Sebenarnya beliau masih merupakan seorang isteri dan tidak pernah
bercerai.
Portal berita tersebut berniat jahat apabila menerbitkan artikel
sedemikian tanpa menyertakan fakta yang betul. Mungkin Awani bertujuan
untuk menjatuhkan imej anak Timbalan Perdana Menteri selepas beliau
lantang mengkritik penganjuran demonstrasi Bersih4 baru-baru ini.
Hasil tinjauan pihak kami, Astro Awani telah mengubah kandungan artikel
mereka dengan memadamkan tulisan "ibu tunggal" tersebut. Bagaimanapun
ramai blogger-blogger yang "copy&paste" artikel dari Astro Awani
masih mengekalkan kandungan asal.
Pihak tersebut juga tidak melakukan sebarang permohonan maaf hasil dari
perbuatan fitnah mereka dan menganggap "edit" mampu menyelesaikan segala
masalah.
Amat berpatutan apabila Datuk Nurulhidayah mengambil tindakan saman
terhadap pihak yang menyebarkan fitnah jahat sebegini. Ianya perlu
dilakukan sebagai pengajaran kepada mereka agar beretika didalam
menyiarkan sesuatu berita.
Tambahan pula Astro Awani adalah nama besar dan bukannya bertaraf
blogger atau penulisan biasa. Fakta yang bercanggah akhirnya diviralkan
oleh ramai pengguna media sosial sehinggakan membawa ketidak selesaan
kepada individu terbabit.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment