Sunday, September 06, 2015
4 Cina DAP #Bersih4 Diburu Polis Sebab Pijak Gambar Ulamak Dan PM
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan
individu yang memijak gambar Ulama Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada perhimpunan haram Bersih
4.0 telah pun dikenal pasti.
Menurut Zahid, selepas insiden memijak gambar pemimpin dalam perhimpunan
haram Bersih 4.0 menjadi viral di laman sosial, pihak berkuasa giat
mencari individu terbabit kerana perbuatan tersebut bukanlah menunjukkan
budaya kita dan ia satu perbuatan yang amat memalukan.
Zahid berkata, setakat ini 4 individu telah dikenal pasti, namun
dijangkakan lebih ramai peserta yang akan ditahan kerana disyaki
melakukan perbuatan tidak bermoral itu.
Dalam masa sama, Zahid sempat menasihati rakyat khususnya peserta
perhimpunan haram Bersih agar menghormati pemimpin walaupun mereka tidak
menyukai seseorang pemimpin itu.
Jelas Zahid, perbuatan tidak bermoral peserta perhimpunan haram itu
boleh mencetuskan perkauman kerana gambar yang dipijak itu merupakan
pemimpin Islam dan dipijak oleh ultra kiasu.
"Tindakan ke atas mereka sedang dijalankan. Tolong hormati pemimpin,
kalau berbeza pandangan sekalipun, jangan hina dan memijak gambar
pemimpin.
"Dalam hal ini, saya lihat ada hikmahnya kerana atas nama pemimpin yang
dihina, InsyAllah Umno dan Pas akan mengambil tindakan sama terhadap
mereka yang terlibat," kata Zahid ketika berucap merasmikan persidangan
perwakilan Umno Bahagian Masjid Tanah.
Sehubungan itu, Zahid turut memberi amaran terakhir kepada pihak
penganjur perhimpunan haram itu agar mendapatkan kelulusan dari pihak
berkuasa terlebih dahulu sebelum mengadakan sebarang perhimpunan.
Zahid berkata, selepas ini pihak penganjur jangan menyalahkan mana-mana
pihak jika pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap mereka kerana
amaran telah pun diberikan.
"Selepas ini jangan marah polis, jangan marah Kementerian Dalam Negeri
dan jangan marah kerajaan, sebaliknya marah diri sendiri. Walaupun Akta
Perhimpunan Aman mengizinkannya, tetapi jika lokasi yang digunakan itu
tidak digazetkan untuk perhimpunan tindakan tegas menanti mereka.
"Ini negara demokrasi buat cara demokrasi. Suka saya sebut, penganjur
perhimpunan haram berkenaan tidak akan terlepas daripada tindakan
undang-undang," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment