Sunday, September 06, 2015
Perdana Menteri Mahu Filem Malaysia Bertaraf Antarabangsa
Pembikin filem tempatan perlu berani keluar daripada zon selesa dengan
menghasilkan karya bertaraf antarabangsa, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata, untuk menjayakannya, pihak terbabit perlu
menjadikan penghasilan filem dari negara serantau lain yang sudah
mendapat pengiktirafan dunia sebagai penanda aras.
Beliau berkata hanya dengan cara demikian, akan berlaku evolusi dalam
industri tempatan. Katanya, beliau faham akan kecenderungan pembikin
filem tertentu untuk menggunakan formula yang sama setiap kali
menghasilkan filem bagi memastikan kejayaan filem yang dihasilkan di
pasaran tempatan.
"Itu adalah realiti imbangan antara pelaburan dan kutipan hasil. Namun
begitu, tindakan sedemikian secara berterusan tidak akan membantu
membangunkan industri filem tanah air.
"Mutu filem yang dihasilkan akan kekal pada tahap yang sama dan akhirnya
industri filem Malaysia akan ketinggalan," katanya pada majlis
pelancaran Expo Filem Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Teks ucapan Perdana Menteri dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment