Sunday, September 06, 2015

Padan Muka Kena Soung !!!! Artis Jangan Campur Urusan Politik Negara - Presiden Karyawan

Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez menasihati golongan artis agar lebih berhati-hati membuat kenyataan terutama berkaitan dengan isu semasa dan politik tanah air.

“Artis seharusnya berfikir dulu sebelum mengeluarkan kenyataan agar tidak kelihatan kurang bijak. Lagipun tidak kena pada tempat untuk artis mengulas mengenai isu politik. Malah, dia sendiri berada di Taiwan dan tidak tahu apa yang berlaku di Malaysia”

“Saya sendiri pun tidak tahu siapa yang dia wakili kerana realitinya dia tidak berada di sini. Banyak yang pihak kerajaan laburkan dalam industri kreatif dan jangan hanya fokus kepada keburukan semata-mata,” jelas Freddie seperti yang dilaporkan BH online

Baru-baru ini, Soo Wincci telah menyuarakan pendapatnya melalui video mengenai ketidakpuasan hati terhadap corak pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta mendesak PM untuk meletak jawatan. Selain itu, dia juga turut bersedia dengan tindakan terhadap apa yang dilakukannya itu. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment