Sunday, September 06, 2015
Ramai Yang Laga-Lagakan Supaya UMNO Berpecah Belah.... Mukhriz Tidak Bimbang Khabar Angin Dipecat
KUALA LUMPUR : Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak
bimbang dengan khabar angin bahawa beliau akan dipecat oleh Majlis
Tertinggi (MT) Umno.
"Saya tidak boleh mengulas mengenai khabar angin.
"Saya perlu menunggu sehingga keputusan dibuat sebelum boleh memberi
komen," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen Discover
Kedah 2016 di sini, Jumaat.
Muhkriz berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai khabar angin
di media sosial bahawa beliau adalah antara tujuh Ahli MT Umno yang akan
dipecat daripada badan itu yang akan bermesyuarat pada 9 September ini.
Pemimpin lain dalam senarai itu ialah Timbalan Presiden Umno, Tan Sri
Muhyiddin Yassin; Naib Presiden, Datuk Seri Safie Apdal, Datuk Seri Aziz
Sheikh Fadzir, Datuk Seri Ahamd Said, Datuk Hamidah Osman dan Datuk
Jumat Idris.
Ditanya sama ada terdapat tekanan kepadanya untuk melepaskan jawatan
sebagai Menteri Besar Kedah, Mukhriz berkata: "Tak ada tekanan kecuali
daripada seorang ADUN."
Pada April lalu, Adun Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin berkata
Mukhriz perlu meletakkan jawatan jika beliau tidak boleh secara terbuka
menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment