Monday, September 07, 2015
PAS Nak 'Langgar' Kawasan DAP... Guan Eng Kata "Silakan"
'Tembak menembak' antara PAS dan DAP jalan terus bila Lim Guan Eng Isnin
mengundang Datuk Seri Haji Awang untuk letak calon PAS bertanding di
kawasan Dewan Undangan Negerinya, Air Putih.
Serentak dengan itu Setiausaha Agung DAP itu kunci rapat pintu untuk berdamai dengan PAS.
Guan Eng menyatakan demikian dalam sidang akhbar di Pulau Pinang bila
ditanya mengenai kenyataan Hadi bahawa PAS sedang teliti langkah untuk
letak calon di kawasan DAP pada pilihanraya umum ke 14.
"Saya ingin menawarkan mereka bertanding di kawasan saya di Air Putih,"katanya.
Kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu beliau tidak terkejut dengan
perkembangan ini kerana ia memang selari dengan pendirian PAS sekarang
yang anggap DAP sebagai musuh.
Beliau berkata DAP tidak akan bertindak sebaliknya letak calon di kawasan PAS kerana hanya hendak tumpu lawan BN.
Mengenai cadangan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali agar PAS menyertai
pakatan pembangkang baru,Guan Eng tidak nampak kemungkinan itu lagi.
Katanya PAS sudah kata nak bertanding di kawasan DAP jadi bagaimana ia boleh jadi sebahagian dari pakatan itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment