Monday, September 07, 2015
Isu Silap Alamat : BERSIH Macam Budak-Budak... - Rahman
Kebudak-budakan. Inilah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan sikap
Bersih yang enggan membayar bil tuntutan DBKL dan juga tindakan mereka
mempersendakan pegawai-pegawai yang telah tersilap menghantar surat
tuntutan tersebut.
Bersih telah berjanji untuk membersihkan kekotoran yang mereka
tinggalkan sebelum meninggalkan lokasi perhimpunan. Ini adalah satu
pembohongan. Saya ada gambar-gambar yang menunjukkan segala timbunan
sampah dan juga kerja-kerja pembersihan yang telah dilakukan oleh
kakitangan Alam Flora.
Bukan sahaja Bersih telah gagal untuk membersihkan kekotoran yang mereka
tinggalkan, mereka juga gagal untuk menghalang penyokong-penyokong
mereka dari membuang air kecil di merata tempat, jelas menunjukkan sikap
mereka yang melanggar adab kesopanan dan juga mengabaikan kebersihan
awam. Saya telah mengarahkan Alam Flora untuk menggandakan usaha mereka
dalam membersihkan bau kencing demi menjaga keselesaan rakyat Malaysia
yang pergi ke perarakan Hari Kebangsaan keesokan harinya.
Untuk menambahkan lagi sikap kebudak-budakan mereka, Bersih kini
mempersendakan insiden salah alamat apabila pegawai saya cuba menghantar
bil kerja-kerja pembersihan tersebut.
Alamat Bersih seperti yang tertera dalam halaman Facebook mereka adalah 13, Lorong 4/48e, Petaling Jaya.
Pegawai-pegawai saya telah ke lokasi yang betul namun malangnya Bersih
2.0 tidak memaparkan sebarang papan tanda untuk menunjukkan bahawa itu
adalah pejabat mereka. Pegawai-pegawai saya telah tersilap rumah, iaitu
rumah yang betul-betul di sebelah pejabat Bersih 2.0 (lihat gambar yang
dilampirkan).
Kesilapan ini boleh terjadi kepada sesiapa pun. Ia adalah satu kesilapan
kecil dan pegawai saya telah pun menjelaskan kekhilafan beliau dalam
akaun Twitter beliau pada hari kejadian tersebut. Rumah yang salah itu
bukannya berada di jalan yang lain atau pun dalam tempat lain di
Petaling Jaya. Rumah tersebut hanya terletak di sebelah kanan pejabat
Bersih.
Setelah menyedari kesilapan tersebut, pegawai-pegawai saya telah sekali
lagi pergi ke lokasi tersebut dan kali ini mereka pergi ke alamat yang
betul. Alamat yang betul itu juga nampaknya seolah-olah kosong, dan
tiada siapa berada di sana untuk menerima bil tersebut.
Saya tidak akan ditakut-takutkan oleh sikap dan jenaka Bersih 2.0. Bil
kerja-kerja pembersihan tersebut harus dan akan diserahkan kepada
mereka. Dan mereka perlu membayar tuntutan tersebut memandangkan Maria
Chin pernah berkata mereka berjaya mengutip RM2.4 juta daripada awam
untuk membantu mereka menganjur dan mengurus perhimpunan haram
tersebut. Saya cukup pasti yang bil berjumlah RM65,000 itu tidak sedikit
pun akan menjejaskan dana mereka yang berjumlah jutaan ringgit itu.
Sikap mereka yang enggan membayar juga jelas menunjukkan mereka sengaja
mempermain-mainkan penderma-penderma.
Apa pula lagi selepas ini?
Jika Bersih terus berkeras untuk tidak membayar bil tuntutan tersebut,
pada perhimpunan haram seterusnya yang mereka anjurkan, mungkin saya
patut menghantar segala sampah sarap yang mereka tinggalkan itu di depan
pejabat mereka. Jika ini berlaku, saya jamin kali ini saya akan hantar
sampah sarap tersebut ke alamat yang betul!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment