Thursday, September 03, 2015
Pemecatan Muhyiddin Dan Shafie Hanya Khabar Angin, Kata Hishammuddin
BATU PAHAT : Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun
Hussein berkata dakwaan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dijadualkan
bersidang pada 9 Sept ini akan memecat atau menggantung keanggotaan
Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri
Mohd Shafie Apdal, hanyalah suatu khabar angin.
“Ini khabar angin kalau tidak saya sebagai naib presiden akan tahu
jika ia merupakan aganda tetap,” kata beliau selepas menghadiri majlis
bersama kepimpinan negara pada Minggu Haluan Siswa Pelajar Baharu di
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di sini hari ini.
Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian ketika
mengulas mengenai khabar angin bahawa MT akan mengambil tindakan memecat
atau menggantung keanggotaan Muhyiddin dan Mohd Shafie pada mesyuarat
Rabu depan.
Beliau juga tidak pasti sama ada kedudukan Muhyiddin dan Mohd Shafie
akan dibincangkan sebagai salah satu agenda dalam mesyuarat itu.
“Tidak semestinya perkara ini berbangkit pun. Ini perkara-perkara
yang dihebohkan di sosial media dan sebagainya. Macam mana mereka (media
sosial) nak tahu apa nak dibincangkan dalam MT. Saya sebagai ahli MT
pun tidak tahu.
Tidak mungkin kita nak layan benda-benda (khabar angin) macam ni, mungkin tidak berlaku pun,” katanya.
Beliau berkata masih ada banyak perkara yang lebih penting untuk
dibincangkan dalam mesyuarat itu terutama yang berkaitan dengan
kepentingan negara.
“Saya nak wujudkan satu kesedaran bahawa kita tiada masa untuk
berpecah sesama kita kerana agenda lebih besar adalah melihat kepada
ekonomi negara. (Kita) hendak lihat kepada kestabilan, keselamatan dan
pertahanan negara,” kata Menteri Pertahanan itu.
Beliau turut berkata bagi menangani kesemua perkara itu, kesemua anggota UMNO perlu bersatu dalam satu pasukan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment