KUALA LUMPUR : Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk
Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, desas-desus tentang pemecatan
beberapa pemimpin UMNO pada Mesyuarat Tertinggi (MT) UMNO akan datang
adalah satu khabar angin semata.
Jelasnya, semua khabar angin sedemikian hanyalah bertujuan merosakkan ukhwah di dalam UMNO.
“Setiap hari ada sahaja senarai pemecatan pemimpin UMNO yang saya terima tapi itu semua adalah khabar angin sahaja.
“Namun walau apapun keputusan Presiden parti dalam mesyuarat MT akan
datang, Wanita UMNO yakin pasti semuanya dibuat dengan bijaksana dan
munasabah serta untuk kebaikan parti.
“Hari ini kita lihat bahawa ramai daripada rakyat Malaysia yang
terbawa-bawa dengan agenda pembangkang dengan hanya melihat perspektif
negatif.
Ramai yang terpengaruh akibat daripada pengaruh media sosial
walhal, begitu banyak perkara di Malaysia berjalan dengan baik sama ada
dari segi ekonomi, perpaduan dan lain-lain,” ujar beliau dalam sidang
media selepas perjumpaan Presiden UMNO bersama Exco dan ketua-ketua
Wanita UMNO Bahagian di PWTC hari ini.
Tambah Shahrizat, perpaduan di antara masyarakat majmuk di negara ini
harus dipupuk dengan baik dan Wanita UMNO akan terus membawa perpaduan
tersebut ke bahagian masing-masing.
Dalam sidang media yang sama, beliau turut menegaskan bahawa Wanita
UMNO akan terus komited menyokong penuh kepemimpinan Datuk Seri Najib
Tun Razak selaku Perdana Menteri dan juga Pengerusi Barisan Nasional
(BN).
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment