Thursday, September 03, 2015
1MDB Nafi Akaun Bank Syarikat Dibeku
KUALA LUMPUR : 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menafikan dakwaan bahawa akaun-akaun bank syarikat itu dibekukan.
“Sepanjang pengetahuan 1MDB, tidak ada satu pun akaun bank syarikat
telah dibekukan,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.
Ia merujuk kepada laporan media baru-baru ini berkaitan dengan akaun
bank tertentu dibekukan di Switzerland berhubung dengan siasatan yang
sedang dijalankan oleh pihak berkuasa negara itu.
1MDB berkata ia sedang dalam proses memupuk kefahaman yang lebih baik
dalam siasatan yang sedang dijalankan di Switzerland supaya syarikat
itu dapat bekerjasama sepenuhnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment