Sunday, September 06, 2015
Penyerang Najib Sudah Masuk Zon Back Fire !!!
Al-Azharri Siddiq.....
1. Kesilapan paling besar penyerang-penyerang DS Najib adalah
menggunakan dan mengharapkan sangat dengan portal-portal asing seperti
Sarawak Report, Wall Street Journal dan sebagainya.
Kedua-dua portal asing itu tidak mempunyai kredebeliti yang tinggi.
Anda boleh search sejarah Wall Street Journal, banyak negara telah
menjadi mangsa berita palsu mereka. Malahan, semasa Tun Dr Mahathir
menjadi Perdana Menteri, kita dididik supaya berhati-hati dengan anasir
dan subversif asing untuk menghancurkan negara kita.
Sarawak Report sendiri dalam beberapa kes, anda boleh search di dalam
portal itu, terdapat artikel yang telah dibuang dan terdapat janji yang
tidak ditepati seperti menyimpan beribu-ribu emel. Rakyat bertanya mana
emel beribu-ribu itu? Rakyat akan kaitkan pula adakah ianya berkaitan
dengan deal dengan Justo? Rakyat pun bijak juga menilai berita dan
keadaan.
2. UMNO dan Kerajaan berdiri kuat di belakang DS Najib. Sebagai orang
politik, semua orang akan faham bahawa ada banyak cara untuk menjatuhkan
seseorang Perdana Menteri. Ada yang menggunakan alasan fitnah rasuah,
salah guna kuasa, moral dan sebagainya.
UMNO mempunyai 222 bahagian di seluruh negara, jika hanya 10 atau 20
bahagian sahaja yang tidak bersetuju dengan DS Najib, ianya hanyalah
gigitan semut yang nakal.
Jika hanya satu dua menteri sahaja yang bersuara nakal, ianya hanya kicau burung yang akan berhenti sendiri.
Maka, penyerang-penyerang DS Najib tidak mempunyai kekuatan luar dan dalam untuk menjatuhkannya.
UMNO dan Kerajaan telah melalui pengalaman-pengalaman serupa pada tahun
1969, 1978, 1988 dan 1998. Pengalaman-pengalaman itu telah menjadikan
UMNO dan Perdana Menteri mempunyai kekuatan untuk berhadapan dengan
cabaran-cabaran sedemikian.
3. Sekarang ini ada orang-orang yang telah kecewa dan kalah di mahkamah
telah mengelilingi dunia untuk menyemarakkan lagi fitnah ke atas DS
Najib. Rakyat pun bijak juga, mereka bertanya adakah orang itu mempunyai
kredebiliti? Akhirnya, usaha itu hanya pembaziran tenaga, wang dan
masa.
4. Dalam menghadapi serangan-serangan ini, Najib kelihatan tenang dapat
mengemudi kerajaan berjalan dengan sukses. Terdapat isu penurunan nilai
matawang Ringgit, mereka tuduh disebabkan oleh Najib, tetapi rakyat pun
bijak juga.
Rakyat pun bertanya jika semuanya kerana Najib, bagaimana pula
kemerosotan matawang Dollar Kanada, Dollar Australia, Rubel Rusia,
Turkey, Mesir dan lebih 10 buah negara? Adakah kerana Najib juga?
Maka sekali lagi, usaha mengaitkan Najib dengan penurunan nilai matawang negara gagal.
5. Langkah paling drastik ialah menggunakan demonstrasi BERSIH 4.0.
Malangnya himpunan BERSIH 4.0 mendedahkan lebih banyak kemuyskilan dan
kesan buruk. Penganjur mendedahkan mereka menerima sumbangan RM1.5juta.
Namun, mereka juga enggan mendedahkannya. Adakah wang itu telah diaudit
masuk dan keluar? Adakah anda ada melihat penyata wang itu dibentangkan?
Tetapi itu hak mereka untuk tidak mendedahkan senarai nama penyumbang.
Begitu juga, hak mana-mana parti dan NGO untuk merahsiakan nama
penyumbang.
Sebagaimana didedahkan oleh akhbar-akhbar Cina, bahawa perhimpunan
BERSIH 4.0 telah menjarakkan lagi perpaduan rakyat Malaysia. Masyarakat
Cina dengan majoriti 80-90% peserta menenggelamkan jumlah kecil peserta
Melayu. Perkara ini memberi petanda buruk dalam pembinaan nation
building di Malaysia. Pandangan berkaitan di sini.
6. Paling busuk tindakan menyerang Najib ialah menggunakan persidangan
antarabangsa rasuah (IACC) di Putrajaya untuk memburuk-burukkan Perdana
Menteri Malaysia di hadapan peserta antrabangsa.
Majoriti rakyat Malaysia tidak akan menerima orang asing untuk menunjuk
ajar mengenai pencegahan rasuah di negara kita, sedangkan negara Peru
berpuluh tahun gagal menaikkan markah indeks rasuahnya.
Peru hanya mampu mendapat markah di antara 30-38 sejak tahun 1998 hingga
2014, malah menduduki tangga ke 80 hingga 85 sahaja. Sedangkan negara
kita Malaysia bertambah baik setiap tahun dengan ranking 2014 menduduki
tangga ke 50 berbanding Peru di tangga 85 ! Patutkah kita medengar orang
Peru mengajar kita sedangkan kes rasuah Alberto Fujimori bernilai $40M
pun terhegeh-hegeh menyelesaikannya.
Lagipun, serangan berbentuk peribadi Jose Aguz itu sangat luar biasa
daripada kebiasaan. Adakah ucapan itu ada di dalam agenda asal? Adakah
Jose Aguz membuat bacaan? Adakah Jose Aguz mendengar penjelasan di pihak
kerajaan? Jawapannya, tidak kerana jelas Jose Aguz kelihatan mempunyai
agenda buruk. Tetapi, tindakan Jose Aguz itu tidak juga akan menjatuhkan
Najib kerana budaya negara ini ialah orang asing tidak boleh menentukan
hala tuju negara kita, apatah lagi campurtangan di dalam urusan
pentadbiran negara kita.
7. Akhir sekali, dalam semua serangan tersebut, Allah SWT bersama Najib.
Terima kasih kepada Tuan Guru Hj Hadi Awang, Tuan Guru Datuk Dr. Harun
Din dan kepimpinan Ulama PAS kerana berpengalaman membezakan antara kaca
dan intan.
Selamat Membaca.
University City, PA. USA.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment