Sunday, September 06, 2015
Ini Bai'ah Taklik Cerai Talak Tiga PAS Kelantan
Ramai yang bertanya berkenaan bai'ah PAS Kelantan. Ada yang minta
salinan jika saya ada. Jadi saya sertakan contoh salinan bai'ah, pasal
bai'ah Dr Hatta sekarang ini dah jadi terlalu sulit dan sukar untuk
didekati dalam simpanan PAS Kelantan.
Salinan ini dalam tulisan jawi. Kalau ada yang tak 'reti' baca pasal terlalu profesional dan progresif saya tolong rumikan.
Bahawa saya ..................................................
berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan rasul-Nya dan patuh kepada
arahan pucuk pimpinan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
Dan bahawa saya bersumpah dengan nama Allah, WALLAHI WABILLAHI
WATALLAHI sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan
kerelaan saya sendiri setelah terpilih menjadi ahli dewan negeri/dewan
rakyat, maka tertalaklah isteri/isteri-isteri saya dengan tiga talak dan
segala perbelanjaan saya dengan menggunakan wang elaun ahli dewan
tersebut adalah haram.
Dan bahawa saya juga bersumpah dengan nama Allah WALLAHI WABILLAHI
WATALLAHI untuk meletakkan jawatan dari menjadi ahli dewan negeri/dewan
rakyat tersebut apabila saya keluar atau dipecat dari parti.
Ramai yang tak faham berkenaan dengan bai'ah tambahan talak isteri dengan talaq 3 yang diminta oleh tuan guru Nik Abdul Aziz.
Saya setuju dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang menyatakan dalam
kuliah Jumaatnya pada 4 September 2015 bahawa bai'ah talaq 3 itu lebih
kecil daripada bai'ah dengan Allah s.w.t. tetapi akhbar lebih fokus
kepada isu talaq 3.
Isu bai'ah ini tiada paksaan bagi mereka yang ingin menjadi calon terutama di Kelantan kerana di situ adalah kawasan selamat.
Sejarah calon di Kelantan perlu difahami. Dulu Kelantan beri 4 MP kepada
luar daripada PAS Kelantan. Masa itu yang dapat ialah Nasuriddin Mat
Isa, Salahuddin Ayub, Dr Hatta Mohd Ramli dan Kamaruddin Jaffar.
Kemudian Tok Guru menyebut untuk memberikan 2 sahaja MP untuk PAS luar
Kelantan pada PRU-13. Idea ini disebabkan ada kawasan yang mana MP
jarang pulang seperti Mat Sabu dulu. Maka menjadi isu dalaman parti
walaupun taklah serius sangat siapa akan ditolak.
Yang sah memang ustaz Nasruddin Mat Isa atas isunya. Tinggal 3 orang
yang sudah pasti akan ditolak seorang. Ada orang yang mengatakan
ketiga-tiga ini mula aktif pulang ke Kelantan untuk meninjau masalah di
kawasan masing-masing. Ada sindir-sindir sinis kata nak elak namanya
akan tercicir sebagai calon pada PRU-13.
Projek untuk bertapak di Johor dan Salahuddin Ayub diminta bertanding di
Johor, walaupun pada mula dia tak setuju akhirnya dia akur. Maka
tinggallah 2 orang MP dan kedua-duannya selamat pada kerusi MP yang
diduduki sebelum ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment