Sunday, September 06, 2015
Bai’ah : Tuhan Pun Mereka Nak Tipu... Biarlah Puak Sekutu DAP Ni
Keengganan bekas wakil rakyat PAS melaksanakan janji setelah dengan
sengaja melanggar sumpah bai’ah yang dilafazkan sebelum PRU13 dulu
apabila menyertai parti lain, menunjukkan bahawa agama bagi puak-puak
ini adalah satu perkara yang boleh dipermainkan.
Ada yang janji akan cerai isteri talak tiga kalau keluar PAS setelah
menang, ada yang janji nak kosong kerusi dan sebagainya tapi satu pun
tidak berbuat, mereka keluar begitu saja dengan tidak ada rasa bersalah
sama sekali kerana mengkhianati parti yang bagi mereka peluang
bertanding dan menang untuk menyerah jiwa kepada DAP.
Malah ada yang sebelum ini dipandang berilmu tinggi dalam PAS pun
seperti Ahmad Awang, dilihat seolah-olah mempermainkan sumpah itu dengan
berkata ia tidak terpakai kerana sumpah itu dibuat untuk Pakatan
Rakyat, bukan PAS.
Pandangan pulak (kenapa tak laksanakan bai’ah) macam-macam, apa pun ia
yang nyata, semuanya ikut kesuaian sendiri. Mat Sabu lagi best, cuci
tangan awal-awal, suruh rujuk ulama muktabar dan cari pandangan yang
paling ringan.
Nampak tu, tuhan pun dia nak tipu. Ambik contoh pandangan Ahmad Awang
mana ada Pakatan Rakyat, itu hanya nama, tidak didaftarkan, nak
berbai’ah apa kepada benda yang tidak wujud?
Penulis bagaimana pun meletakkan semua kesalahan ini kepada
penyokong-penyokong PAS. Wujud orang-orang macam kamu semualah sehingga
membenarkan perkara seperti ini berlaku – agama dipermainkan, manusia
diperbodohkan, semuanya kerana politik yang tak tahu dimana penghujung.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment