Sunday, September 06, 2015

Tahniah DBKL Kerana Tegas Akan Merobohkan Papan Tanda Central Market

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memberi notis 14 hari kepada pemilik bangunan Pasar Seni agar merobohkan papan tanda yang menjadi kontroversi sejak beberapa hari lalu. Menurut Setiausaha Akhbar Menteri Wilayah Persekutuan, Mohd Hisammudin Yahya, DBKL akan merobohkan binaan tersebut dan mengambil tindakan undang-undang sekiranya notis tersebut tidak diendahkan.

Orang ramai yang mempertikaikan tindakan pemilik Pasar Seni memasang papan tanda yang hanya memuatkan bahasa Inggeris dan Mandarin tanpa sebarang perkataan bahasa Melayu yang sepatutnya menjadi syarat utama pemasangan papan tanda. CTS sendiri ada membuat posting mengenai perkara berkenaan, dua hari lepas.Tinjuan yang dilakukan semalam mendapati papan tanda berkenaan telahpun ditutup. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment