"Dia (Alvin) ingat dia boleh lari. Bagaimanapun, setiap negara ada peraturan dan kita akan cari dia hingga ke lubang cacing," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sunday, September 06, 2015
'Buru Alvin Hingga Ke Lubang Cacing'... Inilah Manusia Durjana
KUALA LUMPUR : "Kita akan cari dia hingga ke lubang cacing sekalipun." Itu tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika diminta
mengulas mengenai tindakan yang sedang dilakukan pihak polis terhadap
penulis blog kontroversi, Alvin Tan yang semakin biadab memuat naik
status dan gambar di laman sosial Facebook miliknya yang dilihat cuba
memalukan beberapa pemimpin negara.
Menurut Khalid, kenyataan berbaur menghina serta mencabar pihak berkuasa itu adalah suatu perbuatan yang tidak boleh dimaafkan.
"Dia (Alvin) ingat dia boleh lari. Bagaimanapun, setiap negara ada peraturan dan kita akan cari dia hingga ke lubang cacing," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee yang kini berada di Los Angeles,
California berdasarkan lokasi terkini yang dikemas kini di laman
Facebooknya menghilangkan diri selepas Mahkamah Sesyen membenarkan
penyerahan sementara pasportnya atas alasan ingin pergi ke Singapura
bagi tujuan penggambaran sebuah dokumentari.
Pada bulan lepas, sebahagian wang jaminannya turut dilucutkan berhubung
tuduhan mempersendakan umat Islam dan bulan Ramadan bersama pasangannya
Vivian Lee.
Dia turut menghadapi pertuduhan mengikut Subseksyen 5 (1) Akta Penapisan
Filem 2002 iaitu mempamerkan gambar-gambar yang didapati lucah di laman
blognya di http://alviviswingers.tumblr.com/ tahun lepas.
Tidak habis di situ, Alvin turut bertindak biadab dengan mengubah suai
gambar hidung beberapa pemimpin negara dan Khalid sendiri dengan hidung
seekor khinzir serta menuduhnya menyalahgunakan kuasa sebagai seorang
pemimpin.
Menurut khalid. siasatan terhadap kes tersebut telah dimulakan dan
beliau turut memberi amaran keras kepada mereka yang menyalahgunakan
media sosial untuk mengaibkan para pemimpin.
"Tiada maaf lagi kepada sesiapa yang menggunakan rangkaian media bagi menghina dan menghasut," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment