Friday, September 04, 2015
Perghhh Cayalah....“Nak Sangat Pertahankan NEGARA Konon? Pergi Masuk Askar la…” – Anak Zahid Hamidi
Himpunan haram jalanan Bersih4 benar-benar merosakkan keamanan negara.
Dalam keadaan kemelesetan ekonomi dunia, kita sepatutnya sehati sejiwa
mengharunginya demi memastikan negara sentiasa aman dan makmur.
Anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
menyelar tindakan penyokong Bersih 4 kerana membuat perhimpunan jalanan.
Di laman Facebook miliknya, Nurulhidayah Ahmad Zahid menyifatkan protes
itu sebagai perbuatan bodoh dan lebih baik penyokong-penyokong yang
terlibat memasuki askar dari membuat demo jalanan.
“Nak sangat pertahankan NEGARA konon? Pergi masuk Askar la. Jaga sempadan.
“Pegi Ops Pasir.. segala mak bapak Ops korang bole rasa. Nie takat
uniform kuning bangga dapat masuk TV, masuk paper.. apa ke jadahnya?
“Don’t make me speak Malay language because I will speak the language that made u really understand.
Nurulhidayah juga turut menyatakan perasaan kesalnya kerana pernah
berdemo ketika pada 1998 ketika era reformasi. Ketika itu, ayahnya,
Zahid Hamidi pernah ditangkap oleh ISA kerana dilihat sebagai sekutu
Anwar Ibrahim ketika era pemerintahan Mahathir.
“Berani sangat la tu konon nak bangkang macam tu? Aku pernah merasa
zaman 1998 macam korang. Betapa BODOH nya aku ketika itu sbb berkumpul
nak seronok2.
“Time tu aku suruh Tun Mahathir turun. Aku percaya ramai yang mcm tu
dulu. Tapi zaman skrg dah tak releven babe kat atas jalan ni!
“Negara luar tu dok perhati jer nak Malaysia ni huru hara. Malas la nak
cakap. Pendapat aku – ITU KERJA SIA2. Dalam bahasa mudah faham – KERJA
BODOH!”, tulisnya di Facebook
Selain dari itu, turut kelihatan beberapa rentetan posting di Facebook yang menyuarakan pendapatnya mengenai Bersih 4.
Walaubagaimanapun jumlah yang hadir meraikan perarakan hari Kemerdekaan
pada 31 Ogos jauh lebih ramai daripada yang menyertai demo haram
tersebut. Selain daripada itu Bersih4 didominasikan oleh kaum Cina.
Mereka seperti mahu mengulangi Tragedi 13 Mei. Oleh itu pihak yang
bertanggungjawab perlu mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat
dalam Bersih4 ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment