Friday, September 04, 2015
Nurul Izzah Bela Doktor Bergambar Memalukan, Tweet Melulu Tak Tahu Hujung Pangkal
KUALA LUMPUR : Semalam, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul
Izzah Anwar telah menulis satu tweet membela seorang doktor yang dikecam
kerana merakam gambar selfie seorang wanita yang ingin melahirkan anak
sehingga kelihatan kawasan sulit wanita itu.
Tindakan itu menjadi viral dan doktor berkenaan dihentam di Twitter
kerana memperlekehkan etika tugas seorang doktor sehingga mendedahkan
bahagian peribadi anggota badan pesakit.
Nurul Izzah mungkin tidak tahu menahu tapi mengambil kesempatan atas
dasar seorang Ahli Parimen yang prihatin kononnya, mempersoalkan
tindakan doktor berkenaan disiasat Kementerian Kesihatan.
Dalam berita berkenaan, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam
memaklumkan siasatan ke atas doktor yang bergambar sambil menunjukkan
isyarat ‘peace’ ketika pesakitnya dalam posisi bersalin di sebuah
hospital di Johor Bahru telah selesai.
Siasatan mendapati ia bukan satu gambar selfie tetapi terdapat pelaku yang mengambil gambar itu.
“Ia bukannya foto selfie, ianya adalah satu foto yang diambil oleh orang lain,” katanya dalam sidang media semalam.
Bagaimanapun, bagi Nurul Izzah dari PKR, kesilapannya itu membuatkan dia
dikecam di Twitter kerana tidak membuat semakan fakta dan asal usul
cerita sebelum membuat tweet seperti itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment