KOTA BHARU : Perkahwinan antara Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli
dan isterinya, sah gugur talak tiga selepas melanggar baiah yang
dilafazkan sebelum ini, kata Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan,
Datuk Daud Muhammad.
Daud berkata, perkahwinan itu tidak boleh dirujuk semula melainkan
isteri kepada Dr Hatta itu berkahwin dengan individu lain dan kemudian
bercerai.
"Perkara itu berlaku berdasarkan kandungan baiah (yang dilafazkan).
Memandangkan mereka bukan lagi pasangan suami isteri, mereka tidak boleh
lagi tinggal bersama," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.
Mengulas lanjut, Daud meminta pasangan terbabit hadir ke Mahkamah Syariah untuk pengesahan status mereka.
"Sehingga kini, Dr Hatta dan pasangannya belum mendaftar mengenai status perkahwinan mereka di Mahkamah Syariah," katanya.
Talak tiga...? Sekiranya Dr Hatta Ramli ingin rujuk ianya adalah suatu proses yang 'bersyarat'.
Dalam istilah melayu dipanggil CINA BUTA !
Jika suami sudah menceraikan isterinya dengan talak tiga, kemudian jika
suami itu mahu kembali semula kepada isterinya, maka Islam meletakkan
beberapa syarat:
1) Bekas isteri mestilah berkahwin dengan lelaki lain dengan akad nikah yang sempurna, selepas selesai tempoh iddahnya.
2) Bekas isteri sudah disetubuhi oleh suami baharunya.
3) Bekas isteri itu diceraikan oleh suami baharunya, sama ada suaminya
itu meninggal dunia atau suaminya itu menceraikan wanita tersebut.
Apabila cukup tiga syarat tersebut dan sudah habis tempoh waktu iddah
wanita itu, maka barulah suami pertamanya (yang menceraikan wanita itu
dengan talak tiga) boleh bernikah semula dengan bekas isterinya itu.
Dengan syarat wanita itu bersetuju untuk bernikah semula dengan bekas
suami pertamanya itu.
Semalam Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan, Datuk Daud Muhammad
mengesahkan perkahwinan Dr Hatta Ramli dengan isterinya bercerai talak
tiga kerana melanggar taklik yang pernah dilafazkan dalam BAI'AH parti
PAS negeri itu.
Dalam BAI'AH tersebut, setiap wakil rakyat PAS di negeri ini yang
mengambil keputusan keluar parti tanpa meletakkan jawatan, secara
automatik telah menceraikan isteri masing-masing dengan talak tiga....!
Perkara itu terkandung dalam lafaz BAI'AH atau sumpah taat setia yang
dibuat setiap wakil rakyat PAS di negeri ini sejak 2004. Keahlian Dr
Hatta Ramli dalam PAS terlucut secara automatik kelmarin apabila beliau
menyertai Parti Amanah Negara [PAN] yang dipimpin oleh mantan Timbalan
Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Semalam, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad meminta wakil
rakyat PAS di negeri ini yang menyertai Parti PAN supaya merujuk status
perkahwinan di Mahkamah Syariah berikutan terdapat BAI'AH cerai talak
tiga yang dilafazkan mereka sebelum ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment