Friday, September 04, 2015
Wanita Cina Bergambar Sandar Bahu Isu Remeh : Mat Sabu
KOTA BHARU : Pengerusi Parti Pekerja-Pekerja Malaysia (Parti
Pekerja), Mohamad Sabu menganggap isu bergambar dengan wanita Cina yang
menyandar bahu ke badannya adalah perkara remeh untuk
diperbesar-besarkan.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu juga menyifatkan orang Islam
kini lebih gemar memperbesar-besarkan isu remeh se perti gambar beliau
dengan seorang wanita Cina pada perhimpunan haram Bersih 4.0 baru-baru
ini.
“Orang ratus ribu, saya bila turun dalam keadaan orang ramai, terutama
sekali peserta Cina datang ingin bergambar. Adalah seorang wanita Cina
ini datang ambil gambar sandar dekat bahu kita, itu jadi isu besar
sekarang.
“Inilah orang Islam sekarang, dia tengok benda macam ini, dia bukan
tengok isu lain yang lebih besar,” katanya dengan menganggap itu adalah
perkara biasa yang tidak sepatutnya dibangkitkan.
Beliau berkata demikian berikutan gambarnya tersebar di laman-laman
sosial yang kelihatan dalam keadaan mesra dengan seorang wanita Cina
pada perhimpunan haram Bersih 4.0 di Kuala Lumpur minggu lalu.
Penyebaran gambar tersebut menyebabkan Mat Sabu menerima kritikan hebat.
Selain itu, sekeping gambar Mat Sabu berpegangan tangan dengan seorang
wanita peserta Bersih itu juga turut menjadi viral di laman sosial
hingga ada yang menghantar komen dengan meletakkan lirik lagu ‘lompat
apek lompat’ dalam cerita P Ramlee, Ali Baba Bujang Lapok.
Susulan itu ketua pengiring yang bertugas menjaga Mat Sabu ketika
perhimpunan itu dilaporkan memohon maaf kerana gagal mengawal orang
ramai daripada menghampiri bekas Timbalan Presiden PAS itu.
Aris Awang berkata, beliau memohon maaf kepada Mohammad, ahli keluarga
serta kenalan Islamnya berikutan gambar pemimpin tersebut yang dihampiri
serta disentuh wanita ketika perhimpunan itu menjadi viral.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment