Friday, September 04, 2015
Bersih 4 Tidak Ke Mana… Hanya Sekadar Mahu Cipta Persepsi Emosi Negatif – Prof Zainal
KUALA LUMPUR : Tiada apa yang hendak mereka tunjukkan dengan
demonstrasi jalanan itu melainkan sekadar cubaan membuat provokasi
ketika negara menyambut ulang tahun kemerdekaan, ujar seorang
penganalisis politik tempatan, Prof. Datuk Dr. Zainal Abidin Borhan
ketika mengulas kesan daripada demonstrasi Bersih 4 baru-baru ini.
Menurutnya, kerajaan yang ada sekarang masih lagi mentadbir dan apa
yang mereka harapkan tampuk pemerintahan bertukar tangan tidak menjadi
realiti seperti mana yang mereka harapkan.
“Makanya, tidak timbul isu mengapa mereka perlu berada di atas jalan
raya sedangkan dalam masa yang sama mereka menerima keputusan pilihan
raya umum yang ketiga belas dahulu, bahkan ada beberapa tuntutan mereka
dahulu mengenai pilihan raya juga telah dipenuhi.
“Sebab itu mereka ini lebih cenderung kepada politik persepsi,
persepsi yang telah mereka bina sejak dahulu lagi, dengan pelbagai unsur
negatif kepada kerajaan, dan itu hanyalah emosi mereka semata-mata,”
ujarnya kepada pihak media.
Apa
yang jelas pada kali ini kelihatan terdapat satu kaum yang menjadi
dominan di dalam demonstrasi tersebut walaupun menggunakan atas nama
rakyat Malaysia, dengan memberi alasan kaum Melayu kurang kerana kurang
penyertaan dari parti Pas, tetapi bagaimana pula dengan penyertaan kaum
Melayu daripada PKR, soalnya lagi.
“Apakah benar mereka ini sebenarnya kesedaran mengenai politik telah
meningkat sebagaimana selaras dengan tuntutan-tuntutan yang digariskan,
atau tidak lebih bermotifkan membina persepsi yang mahu kepimpinan
negara ini turun?
“Tetapi hakikatnya, ia tidak terkesan melalui demonstrasi jalanan,
makanya, ke mana hala tuju mereka ini sebenarnya yang seolah-olah tiada
integriti kerana terima keputusan pilihan raya yang lalu tetapi
bertindak di luar batasan undang-undang,” tegas beliau.
Sehubungan itu, beliau berpandangan apa yang penting bagi UMNO adalah
terus membuktikan kepada rakyat bahawa parti itu sebuah parti yang
mempunyai integriti, yang sentiasa bertindak mengikut peraturan,
berbicara mengenai hak mematuhi undang-undang serta perlembagaan.
“Sudah tiba masanya kita mendidik ahli-ahli dengan celik
undang-undang, seiring dengan semangat dan apabila boleh berhujah dengan
undang-undang, fakta yang dibentangkan pasti akan membuatkan mereka
yang suka melanggar undang-undang ini akan kaku.
“Perlu kepada kesedaran melalui hujah undang-undang dan fahami
perlembagaan kerana kesannnya kepada generasi akan datang, apabila
melihat mahkamah membenarkan hak setiap rakyat menyuarakan pendapat
tetapi mestilah berlandaskan undang-undang, sebagaimana yang termaktub
di dalam akta perhimpunan aman,” katanya lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment