Friday, September 04, 2015
Aksi Lompat 12 Wakil Rakyat Pas… Jangan Buat-buat Lupa Kisah Lalu
KUALA LUMPUR : Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang,
Datuk Seri Mohd Fairus Khairuddin menyeru kumpulan wakil rakyat Pas yang
menyeberang jambatan baru hari ini untuk melepaskan jawatan wakil
rakyat masing-masing sebagai tanda kebertanggungjawaban dan pemimpin
yang berprinsip.
Soal beliau apakah kumpulan tersebut sudah lupa bagaimana jika
mana-mana wakil rakyat pembangkang sebelum ini yang bertindak keluar
parti akan diseru perkara yang sama sepertimana seruannya hari ini.
“Bukankah perkara ini sering dicanang oleh pembangkang jika berlaku
senario yang sama sepertimana yang berlaku ketika krisis peralihan
kerajaan di negeri Perak. Begitu juga gesaan terhadap mana-mana wakil
rakyat lain yang bertindak keluar parti.
“Apa pun jika mereka tidak berbuat demikian akan jelaslah sikap
hipokrit mereka dalam soal berkenaan. Takkanlah bila kena batang hidung
sendiri mereka boleh buat-buat lupa. Soalnya sekarang sudah jelas.
“Jika mereka lupa, saya sekali lagi mengingatkan perkara yang sama
agar mereka tidak ditohmah dengan pelbagai tohmahan dan sebagainya
lagi,” katanya kepada media.
Pada
Isnin lalu, dilaporkan Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad
Sabu mengumumkan Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai wadah politik
gerakan itu.
Selain Khalid, Ahli Parlimen Pas yang menyertai Amanah ialah Datuk Dr
Mujahid Yusof (Parit Buntar), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr
Hatta Ramli (Kuala Krai), Hanipa Maidin (Sepang), Raja Kamarul Bahrin
(Kuala Terengganu) dan Kamaruddin Jaafar (Tumpat).
Turut berbuat demikian adalah lima ADUN Pas iaitu Datuk Seri Dr Nizar
Jamaluddin (Changkat Jering), Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Datuk
Phahrolrazi Zawawi (Pengkalan Kundor), Saari Sungib (Hulu Kelang) dan
Hasnul Baharudin (Morib).
Tegas Khairuddin lagi atas dasar integriti kesemua wakil rakyat Pas
perlu bertindak sedemikian rupa kerana mereka menang pada pilihan raya
sebelum ini adalah atas tiket parti masing-masing.
“Percayalah…selagi mereka tidak meletakkan jawatan terserlah hipokrit
yang sebenarnya dan terpampang ciri-ciri hipokrasi yang nyata,“ ujarnya
lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment