Sunday, September 06, 2015
Polis Tawar Ganjaran Cari Individu Pijak Gambar PM, Hadi
KUALA LUMPUR : Polis menawarkan ganjaran kewangan kepada sesiapa yang
memberi maklumat sehingga tertangkapnya individu yang memijak gambar
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS Datuk Seri
Abdul Hadi Awang, sewaktu perhimpunan Bersih 4 baru-baru ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad
berkata polis memandang serius perbuatan memijak gambar itu kerana ia
mewujudkan suasana tegang sehingga membangkitkan ketidaktenteraman awam
dalam kalangan masyarakat di negara ini.
"Polis harus mengambil tindakan mengikut landasan undang-undang bagi
memastikan perkara sebegini tidak mencetuskan tindak balas mana-mana
pihak yang akhirnya akan menjejaskan keselamatan awam," katanya dalam
kenyataan di sini, Jumaat.
Beliau, bagaimanapun tidak menyatakan amaun yang ditawarkan.
Sehubungan itu, polis menyeru kepada mana-mana pihak yang mempunyai
maklumat mengenai pelaku-pelaku terbabit agar tampil membantu siasatan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment