Sunday, September 06, 2015
Setakat Ini.... 267 Laporan Polis Diterima Berhubung Insiden Pijak Gambar Pemimpin
ALOR GAJAH : Sebanyak 267 laporan polis diterima di seluruh negara
setakat hari ini berhubung insiden memijak gambar pemimpin pada
perhimpunan haram Bersih 4.0 di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr.
Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya juga telah mengenal pasti empat
individu berhubung insiden memijak gambar pemimpin termasuk Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul
Hadi Awang.
“Tindakan terhadap individu berkenaan akan diambil segera. Saya yakin
UMNO dan Pas juga akan mengambil tindakan sama (menyaman) terhadap
individu terlibat,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment