Thursday, September 03, 2015
Setakat Peluk Saja Itu Perkara Biasa Laa... - Mat Sabun
Makin tua makin gatai… Betul la orang cakap bila dah tua ni makin tak
sedar diri! Perut tu dah makin memboyot ke depan, kepala pun rambut dah
masak naik putih dah tapi still lagi rasa diri tue hensem dan bergetah
haha!
Tambah-tambah pulak dapat free hug macam Pengerusi atau bakal Presiden
Parti Amanah Negara, Hj Mohamad Sabu dapat masa perhimpunan haram Bersih
4 tempoh hari. Benda free sapa tak mau beb! Kucing mana oiiii yang
tolak lauk rugi besaq baq hianggg!!
Gambar amoi DAP lentok habis dekat atas bahu Mat Sabu telah bikin panas
di media sosial. Mana tidaknya kalau amoi cun tue macam merelakan
dirinya untuk abang Mat Sabu, alahaaaiii syok la hang Mat oi… Walaupun
kat mulut tue kata ‘terpaksa’ tapi dalam hati mesti berbunga-bunga kan.
Sudah dapat manis-manis macam tu dan gambarnya menjadi kontroversi, Mat
Sabu bertindak mendiamkan diri pulak. Tanak komen apa-apa katanya…
Ehhhhh kenapa tanak komen apa-apa?? Orang tua kata kalau diam maknanya
suka… So sebenarnya adakah Mat Sabu memang suka la berpelukan dengan
amoi DAP??... Dan tak kisah kalau lepas ni ada lagi amoi DAP nak lentok
lagi kat atas pangkuannya hohooooo…
“Buat masa ini saya tidak ingin ulas insiden bersentuhan wanita dalam
BERSIH 4,” katanya. ketika berada di Kelantan untuk kempen mempromosi
penubuhan Islam baru yang akan diumumkan pada Isnin ini.
Tapi apa yang hairannya, bila Mat sabu tanak cakap pasal gambar
mesranya, si Aris Awang, ketua pengiring Mat Sabu pulak yang mintak maaf
bagi pihak Mat Sabu! Setia sungguh kat tuan siap tolong mintak maaf
lagi padahal empunya badan tanak mengaku salah. Patut la keluar dari
parti PAS dan buat parti baru… Maibe dok dalam PAS takleh mesra-mesra
haha!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment