Sunday, September 06, 2015

Siapa Sangka Bebb !!! ....PM Umum Projek Bandar Belia Pertama di Tanjong Malim

Tanjong Malim yang terletak di sempadan Perak dengan Selangor akan mempunyai satu mercu tanda baru tidak lama lagi.Siapa pernah fikir di situ kelak akan wujud sebuah Bandar Belia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Ahad mengumumkan mengenai pembangunan projek perintis sebuah Bandar Belia di situ.

Beliau buat pengumuman itu ketika berucap merasmikan Silveryouth Sest 015 di Padang D R Seenivasagam di Ipoh.

Najib menghuraikan pelbagai peluang dan kemudahan khususnya untuk golongan belia akan di sediakan di projek pertama seumpama itu di negara itu.

Antaranya ialah peluang pekerjaan, rumah mampu milik, rekreasi dan sebagainya.

Perdana Menteri kata pembangunan bandar berkenaan bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) memahami keperluan golongan belia.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment