Sunday, September 06, 2015
PKR Pelawa PAS Sertai PR 2.0.... Muka Yang Tak Tahu Malu
Kuala Lumpur : PKR terbuka sekiranya Pas ingin menyertai kembali ke dalam gabungan pembangkang baru, Pakatan Rakyat (PR) 2.0.
Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali menegaskan parti Islam itu boleh
kembali dengan syarat ia terus komited dengan agenda bersama parti lain
dalam pembangkang.
“Seperti yang diputuskan oleh PKR dan diumumkan oleh Presiden PKR, Datuk
Seri Wan Azizah Wan Ismail bahawa PKR akan bekerjasama dengan semua
parti politik yang komited dengan agenda bersama untuk membawa perubahan
dalam negara.
“Musuh kita hanyalah UMNO dan Barisan Nasional (BN). Ini sudah
ditegaskan berulang kali,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang
media selepas menghadiri ‘PJ Half Marathon’..
Terdahulu, Wan Azizah juga menegaskan PKR masih mahu meneruskan
kerjasama politiknya dengan PAS, apabila mengatakan parti itu boleh
bekerja dengan mana-mana pihak yang mempunyai matlamat untuk menjatuhkan
kerajaan zalim.
“Kita bekerja dengan semua orang. Kita nak jatuhkan kerajaan zalim yang
membuatkan ekonomi jadi begini dan mahu tatakelola yang baik.
“Sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang mahu bersama kita, kita alu-alukan,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment