Sunday, September 06, 2015
Himpunan Darah Melayu, Kenapa Cina Boleh Kenapa Melayu Tak Boleh? Kenapa Di Jalan TAR Boleh Di Bukit Bintang Tak Boleh? Kenapa Cina Jadi Takut?
CINA KOMUNIS BENTUK BARU AKA DAP MEWAKILKAN RONNIE LIU UNTUK MENGHALANG HIMPUNAN MELAYU BERSATU. KENAPA KAMU KETAKUTAN!!!
Jurucakap Otai Reformasi, bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)
Pandamaran, Ronnie Liu berkata, mereka khuatir Himpunan Maruah Melayu
berunsurkan perkauman berdasarkan perkataan 'darah' dalam motonya iaitu
'Himpunan Maruah Melayu, Tanah Tumpahnya Darahku'. – Gambar The
Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 5 September, 2015.
Jurucakap kumpulan itu, bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)
Pandamaran, Ronnie Liu berkata, mereka khuatir himpunan itu berunsurkan
perkauman berdasarkan perkataan "darah" dalam motonya iaitu "Himpunan
Maruah Melayu, Tanah Tumpahnya Darahku".
Beliau juga gusar dengan logo program itu yang menampilkan bayang
individu bertanjak dengan melompat sambil menghunuskan parang, serta
lokasi himpunan itu akan berlangsung, iaitu di Bukit Bintang dan Jalan
Petaling di ibu
Bukit Bintang dan Jalan Petaling merupakan tempat tarikan pelancong di ibu kota yang didominasi peniaga berbangsa Cina.
"Kami minta ketua polis negara, menteri dalam negeri dan perdana menteri
ambil tindakan segera sebelum himpunan ini berlangsung dan melibatkan
unsur perkauman dan keganasan.
"Sebelum ia merebak ke tempat lain, eloklah mereka bertindak segera,"
katanya pada sidang media di pagar Masjid Jamek, Kuala Lumpur petang
ini.
Liu turut menamakan presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM)
Mohd Ali Baharom dan Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos
sebagai penganjur himpunan itu.
Mereka kemudian beredar menuju ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi membuat laporan polis berkenaan perkara itu.
Turut hadir pada sidang media itu Adun Hulu Selangor Saari Sungib serta
kira-kira 20 individu lain yang sebelum itu melakukan solat hajat di
Masjid Jamek itu.
Ali yang juga dikenali sebagai Ali Tinju, sewaktu dihubungi The
Malaysian Insider, menafikan himpunan itu akan bertukar menjadi satu isu
perkauman.
"Mereka pergi bukan untuk bergaduh. Mereka hanya pergi untuk melihat-lihat Jalan Petaling, Bukit Bintang dan Plaza Low Yat.
"Mereka juga tidak akan turun dengan membawa keris atau parang. Mereka
akan turun membawa payung kerana Kuala Lumpur sekarang ini cuacanya
panas," katanya.
Ali baru sahaja disiasat polis ekoran ucapannya yang didakwa berbaur
hasutan di hadapan Plaza Low Yat sewaktu satu insiden di pusat barangan
digital itu baru-baru ini.
Jamal sewaktu dihubungi menafikan beliau merupakan penganjur utama
himpunan tersebut namun berikrar akan turut serta bersama 18,000 orang
peserta bagi menjayakannya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment