Sunday, September 06, 2015
Kes Bawa Anjing Dalam Troli : "Suka Hati Sayalah Nak Bawa Anjing Dalam Pasaraya"
JOHOR BAHRU : Tanpa sebarang rasa bersalah, seorang wanita membawa
seekor anjing peliharaannya ke dalam pasar raya, menggunakan troli
mengundang kemarahan orang ramai.
Gambar yang dimuat naik oleh Sharafazleen di laman Facebook pada 2 jam
yang lalu, dikecam netizen kerana tindakan wanita itu tidak sensitif.
Menurut Sharafazleen, kejadian itu berlaku di Tesco Plentong, Johor
Bahru dan dirakam oleh dirinya sendiri yang kini telah mendapat 200
perkongsian di laman Facebook.
Beliau juga telah mengadu perkara itu kepada pengawal keselamatan namun respon yang diberikan agak mengecewakan.
"Dah report tadi, tapi guard pun macam slow je," katanya.
Tindakan individu yang tidak bertanggungjawab itu menimbulkan keresahan pada pengguna.
"Sudahlah bawa anjing guna troli, anjing dia kencing pula tu. Dia ingat ini taman perumahan ke apa?" kata netizen.
Apa yang menjadi kebimbangan netizen, ialah troli yang digunakan itu
telah dicemari dan menimbulkan kebimbangan pengguna terutama pengguna
muslim.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment