Tuesday, September 01, 2015

Status Dan Gelaran Anak TPM Dipertikaikan Netizen.. Apa Masalahnya??

Umum tahu anak perempuan Timbalan Perdana Menteri (TPM) kita, Nurul Hidayah seorang askar. Memang terbaik jugak la kan…tapi baru-baru ni satu status yang dimuatnaik oleh Hidayah mendapat perhatian pengguna laman sosial.

Semuanya gara-gara perhimpunan Bersih 4 yang tersangat annoying tempoh hari. Pedas jugak la status yang dia buat menusuk ke kalbu terus sapa yang baca tu tambah-tambah geng Bersih 4. Walaupun lancang tapi ada betulnya jugak apa yang dia kata tu.

Apa gunanya buat perhimpunan macam tu kalau setakat nak hura harakan lagi keamanan negara?? 

Wal hal negara luar ketawakan kita…Kalau nak tunjuk hebat sangat berjuang terus untuk negara dan bukannya berjuang rosakkan harta benda negara dan kemudahan yang disediakan.

Siap ada yang kencing merata dengan pijak gambar tokoh negara plak tu! Sambutan Merdeka pun jadi hambar pasal dorang.

Akibat rasa yang sentap dengan status tu, ramai yang pertikai pasal diri anak TPM ini. Alaaaa Hidayah kan dapat pangkat Dato’ dan jadi Ikon Belia so ramai macam tak puas hati dengan gelaran yang diberikan tu.

Kata dorang, lepas je update status terus dapat gelaran Dato’ haha biadap korang! Perkara itu mula mencetus persoalan gara-gara satu 'screenshot' dari rancangan temubual Landskap dari TV1 dimuat naik oleh pengguna media sosial.

Seorang pengguna media sosial Khaidir Zulkifli menulis ‘Dato?wow...apa sumbangan ko pada negara dpt dato ni jilake?’.

Pengguna facebook Rio Kandra pula mengkritik bahasa yang digunakan oleh Nurul Hidayah sebelum ini yang mengkritik tindakan penyokong bersih 4 berhimpun.

"Beradap dan bersopan lah selalu...jgn sesuka memanggil manusia lain bodoh sesuka hati", katanya.

Pengguna Tajau Singa Raja pula berkata "Siapa yg angkat dia jd"ikon belia"?"

Siap cakap dapat gelaran tu sebab kaki jilat PM pulak tu cissss tak masuk akal langsung agak-agak arrr weii nak tuduh macam tue pun! cari la alasan berasas sikit.

Selain di Facebook, status Nurul Hidayah juga mendapat perhatian dari netizen di laman Twitter. Ramai sungguh yang tak puas hati dengan pangkat Dato’ yang dia dapat, korang jeles ea huhuuuu..Kalau dah rezeki nak buat macam mana kan, untung la muda-muda dah jadi Dato'

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment