
Monday, September 07, 2015
Undi Tidak Percaya Terhadap PM : Hanya Speaker Buat Keputusan
KUALA LUMPUR : Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar
Amin Mulia berkata beliau akan memutuskan samada akan membenarkan usul
bagi undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri jika dan bila ia
dikemukakan kepadanya.

Pandikar Amin menegaskan hanya Speaker Dewan Rakyat boleh menerima atau menolak sesuatu usul.
“Tiada menteri yang boleh menolak apa-apa (usul) termasuk Perdana
Menteri. Yang berkuasa hanyalah Speaker,” katanya kepada pemberita
selepas merasmikan pembukaan Perhimpunan Ahli Parlimen Wanita Antara
Parlimen ASEAN.
Ditanya sama ada terdapat usul terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau berkata: “Bila Parlimen mengadakan sesinya?”.
(Dewan Rakyat sedang berehat dan akan hanya bersidang semula pada 19 Oktober).
Tentang apa bentuk keputusannya, beliau berkata: “Saya akan seberangi jambatan bila tiba padanya”.
Pemimpin-pemimpin Pembangkang dilaporkan mahu mengemukakan usul tidak percaya terhadap Najib pada sidang parlimen akan datang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment