
Monday, September 07, 2015
Perbualan WhatsApp Dedah Niat Brown Untuk Tumbang PM – NST
KUALA LUMPUR : Akhbar The News Straits Times (NST), dalam
laporan muka depan, telah mendedahkan bagaimana kesungguhan editor
Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown untuk menjatuhkan kerajaan
Malaysia.

NST memetik wanita warga Britain berusia 51 tahun itu sebagai berkata
dia mungkin telah ‘mengubah masa depan sebuah negara’ dan dia akan
meraikannya apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
‘dilakukan’ (disingkirkan).
Akhbar itu menghasilkan petikan perbualan menerusi WhatsApp
membabitkan Rewcastle-Brown, pengurusan kanan Kumpulan Media ‘The Edge’
iaitu Datuk Tong Kooi Ong dan Ho Kay Tat serta Xavier Andre Justo, dari
Mac hingga Jun tahun ini.
Justo, warga Switzerland, kini menjalani hukuman penjara tiga tahun
di Bangkok atas kesalahan memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi
International (PetroSaudi).
Ia menyebut perbualan tersebut turut mendedahkan keakraban hubungan
Rewcastle-Brown dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang
kini menjalani hukuman penjara, Ahli Parlimen DAP, Tony Pua dan bekas
perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
NST berkata ia memperoleh perbualan-perbualan media sosial itu daripada sumber-sumber yang rapat dengan pihak berkuasa Thailand.
Menurut akhbar itu, susulan hukuman penjara ke atas Justo pada 17
Ogos lepas, pendedahan terbaru itu menampakkan belang sebenar
Rewcastle-Brown dan kesediaannya melanggar undang-undang beberapa negara
dengan membantu bekas pekerja PetroSaudi itu mengumpul dan melakukan
pengubahan wang haram berjumlah US$2 juta (RM8.65 juta).
Justo telah mendakwa dia dijanjikan wang sejumlah itu sebagai pertukaran data yang dicuri daripada PetroSaudi.
Maklumat tersebut didakwa telah diubah suai dan kemudian diterbitkan
oleh portal Sarawak Report berhubung projek urus niaga antara PetroSaudi
dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bagaimanapun, Justo tidak menerima bayaran untuk data tersebut.
Akhbar itu berkata pasukan penyiasat Thailand bagi kes itu merungkai
tahap kesungguhan Rewcastle-Brown bersama rakan subahatnya bagi
menggulingkan kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak.
NST juga memetik teks WhatsApp dari Ho Kay Tat kepada Rewcastle-Brown
pada 19 Mac lepas yang berbunyi: “Artikel anda seolah-olah
menggambarkan anda ingin menjatuhkan Perdana Menteri…Kami dituduh
bekerjasama dengan anda dengan menggulingkan PM (Perdana Menteri).”
“NST melaporkan bahawa Rewcastle-Brown didakwa menjawab: “Saya yang
menulis berita ini, bukan anda…Penuhi komitmen anda dan saya akan pergi
tanpa memberitahu sesiapa.
“Akhbar itu menyebut dia (Rewcastle-Brown) kemudian menyebut “mungkin kita telah mengubah hala tuju sebuah negara.
“Pada Jun lepas, mesej wanita itu berbunyi: “Kami merancang satu lagi
pendedahan sebelum pilihan raya negeri (Sarawak). Saya akan meraikannya
apabila Najib tumbang. Saya sudah mendapat beritanya menerusi orang
Anwar. Saya menggunakan Dr Mahathir untuk mendapatkan sumber maklumat
lain.”
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment