Monday, September 07, 2015

Berselindung Di Sebalik Agama, Institusi Keluarga Jadi Barang Gadaian?

KUALA LUMPUR : Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, Datuk Norliza Abdul Rahim mempersoalkan kewajaran sebuah parti yang kononnya menggelarkan diri berteraskan Islam tetapi dalam masa yang sama menjadikan institusi keluarga sebagai bahan taruhan semata-mata untuk kepentingan politik.
http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.111215!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_240/image.jpg
Menurutnya juga, bukankah pada satu masa dahulu bekas Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz dan bekas Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali pernah menafikan kewujudannya.

“Tetapi yang peliknya kenapa pula sekarang Menteri Besarnya Datuk Ahmad Yakob mengakui kewujudannya sejak 2004?  Bahkan berkata sumpah yang dibuat jelas dan mereka yang masih keliru boleh merujuk kepada Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Kelantan, Datuk Daud Muhamad.
ghb-gerakan-harapan-baru-ex-pas-pro-proksi-dap-liberal
“Tidakkah ini semua bukti bagaimana mereka sebenarnya mengaburi mata rakyat mempergunakan agama dan hukum agama dipermainkan semata-mata untuk kepentingan politik kepartian.

“Inilah akibatnya jika semua perkara ingin jadikan ‘senjata’ dalam berpolitik, hingga melibatkan institusi keluarga,” katanya kepada pihak media.

Polemik Bai’ah timbul di dalam Pas apabila terdapat beberapa wakil rakyat di kalangan parti itu yang kalah di dalam pertandingan jawatankuasa pusat bertindak ingin keluar parti bagi menyertai parti baharu yang digerakkan oleh bekas Timbalan Presidennya, Mat Sabu.

“Tiada salahnya melafazkan taat setia kepada apa jua gerakan atau kumpulan yang dilihat untuk keutuhan institusi tersebut, tetapi jika hingga ke tahap mahu menggadaikan institusi keluarga, tidak itu dikira sebagai bentuk penganiayaan?

“Islam hadir bersama-sama dengan menjaga kehormatan dan kemuliaan wanita.  Adakah mereka merasakan taraf wanita dan isteri hanya layak diletakkan sedemikian rupa?,” tegas Ahli Dewan Negara itu lagi.

Tetapi yang bertambah pelik adalah mereka yang satu ketika di dalam parti itu semasa dicalonkan, demi jawatan hanya diam seribu bahasa mengikut sahaja tetapi kini apabila mendapat wadah yang baharu, membantah tindakan sendiri yang dahulu direstuinya, tambah Exco Wanita UMNO Malaysia itu.

Sikap mereka ini bukan sahaja dilihat di dalam isu berkenaan yang menggunakan atas nama agama, bahkan satu waktu dahulu bersekongkol dengan Dap juga menggunakan alasan yang sama tapi akhirnya berkecai, ujarnya lagi.

“Rakyat masih belum lupa bagaimana mereka satu ketika dahulu demi kuasa sanggup mengetepikan dasar perjuangan mereka semata-mata mahu bekerjasama dengan Dap yang dikenali kuat menentang hukum hudud, tetapi apa yang jadi sekarang? Mereka ‘disisihkan’ setelah Dap mendapat rakan sekutu yang baharu.

“Banyak tindakan mereka mentafsir ayat Al-Quran dan hadis mengikut acuan dan kehendak mereka sahaja, contohnya mereka pernah menuduh UMNO sebagai sebuah parti assabiyah walhal sebenarnya hadis tersebut menceritakan assabiyah itu merujuk kepada golongan yang membuat zalim demi kepentingan sendiri,” katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment