Monday, September 07, 2015
Sikap Biadap Pijak Gambar PM, Hadi Adalah Hasil Didikan Dap
PARIT : Ketua UMNO Bahagian Parit, Datuk Haji Mohd Zaim Abu
Hasan berkata, Dap adalah punca dan penyebab budaya kurang ajar memijak
gambar pemimpin seperti yang berlaku semasa demonstrasi haram Bersih
4.0.
Walaupun pemimpin Dap cuba menafikan perkara ini namun ujar Zaim, Dap
harus ingat bagaimana pemimpin mereka pernah memijak gambar tiga Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak yang meletak jawatan dan bertindak
menjadi ADUN Bebas di dalam krisis di Perak tidak lama dulu.
“Negeri Perak sebenarnya menjadi saksi budaya ini dimulakan oleh Dap.
Mereka yang mengajar rakyat menjadi kurang ajar dan tidak menghormati
pemimpin. Kini mereka cuba cuci tangan dan menafikannya pula.
“Malah parti pembangkang jugalah yang mengajar rakyat ke demonstrasi
jalanan. Banyak budaya samseng juga dimulakan oleh mereka,” ujarnya
kepada pihak media.
Menurut Zaim, seharusnya budaya biadap seperti ini tidak sepatutnya
berlaku di zaman serba moden dan bertamadun kerana negara ini adalah
sebuah negara yang berbilang kaum.
“Kalau kita buat sedemikian sudah pasti mereka akan menuduh dan
membangkitkan keadaan yang huru-hara tetapi mereka yang telah
mulakannya. Jadi, saya berharap agar rakyat jangan terikut-ikut budaya
tidak beretika seperti ini.
“Kita harus menghormati pemimpin. Budaya hormati menghormati antara
berbilang kaum mestilah kita amalkan kerana negara ini didiami oleh
pelbagai bangsa,” katanya lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment