Monday, September 07, 2015
Agak Berapa Ramai Budak-Budak Dalam Bersih 4?
Buletin Utama melaporkan
bahawa terdapat 2 peserta Bersih 4 yang menyerah diri berhubung tindakan
memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden
PAS, Datuk Seri Hadi Awang.
Salah Seorang Dari Yang Terlibat Ialah Budak Berusia 14 tahun!!
Membuatkan kita semua terfikir, agaknya
berapa ramai lagi budak-budak seusia itu yang meramaikan Bersih 4 hari
tu. Padanlah ramai, budak-budak rupanya. Tak campur Bangla, rakyat
Singapura dan Tanah Besar China yang dibawa khas lagi tu.
Faham sajalah, dana berjuta. Yang
diberitahu RM 2.5 juta, yang tak diberitahu entah berapa jutanya lagi.
Tak hairanlah kenapa Marina enggan dedah sumber dan jumlah sebenar wang
yang diperolehi Bersih untuk menganjurkan perhimpunan haram tersebut.
Justeru jangan hairanlah kenapa
perhimpunan itu tidak ada impak walaupun duitnya banyak masuk kerana
majoriti yang datang ialah budak-budak yang tak tahu apa. Tidak ada
impak dari segi Najib masih kekal Perdana Menteri, BN masih kekal
kerajaan pusat dan Anwar masih kekal dalam penjara, tidak ada apa yang
berubah.
Sebab ia tidak langsung mencerminkan
tahap sokongan rakyat. Jumlah yang datang itu saja, walaupun nampak
ramai, tapi sebenarnya tidak mewakili pemilih di negara ini, sekalipun
semuanya adalah rakyat Malaysia yang layak untuk mengundi.
Ada 13 juta pengundi, ada 30 juta rakyat Malaysia berbanding 22 ribu yang hadir dalam demonstrasi haram tersebut.
Kita harap pihak berkuasa hukum lah
ibu bapa budak itu kerana membenarkannya terlibat dalam kegiatan haram
yang tidak sesuai pada usianya. Ini akan jadi pengajaran kepada ibu bapa
lain untuk terjerumus dalam penyakit yang sama.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment