Monday, September 07, 2015
Muhyiddin, Shafie Hadir Mesyuarat Biro Politik UMNO Bersama Najib
PUTRAJAYA : Laporan portal pro-pakatan,
The Malaysia Insider, bahawa Mesyuarat Biro Politik UMNO berlangsung di
Perdana Putra di sini hari ini membincangkan strategi untuk memecat
Timbalan Presiden UMNO jelas palsu dan berniat jahat.
Menurut Utusan Malaysia
mesyuarat yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak
turut dihadiri oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin
dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang digugurkan
daripada barisan kabinet dalam rombakan kabinet pada 28 Julai lepas.
Kehadiran Muhyiddin dan Mohd Shafie ke mesyuarat tersebut disahkan pegawai kedua-dua pemimpin tersebut.
Sumber memaklumkan, surat jemputan memanggil mesyuarat itu diedar
pada 2 September 2015 lalu dan ditandatangani Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri
Tengku Adnan Tengku Mansor.
Mesyuarat yang bermula pada 9.30 pagi itu berlangsung selama
kira-kira sejam sebelum kenderaan yang membawa kedua-dua pemimpin itu
dilihat keluar dari bangunan Perdana Putra kira-kira 10.45 pagi.
Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Ketua Wanita UMNO Datuk Seri
Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment