Monday, September 07, 2015
Wan Azizah Pujuk PAS Sokong Mat Sabu Dan DAP
PAS dipelawa untuk menyertai Pakatan Rakyat 2.0 bersama PKR, DAP dan
PAN?? Siapakah yang mempelawa parti Islam itu untuk menyertai pakatan
baharu?? Tidak takutkah Pas dan DAP akan menjadi punca keretakan pakatan
rakyat yang baharu ini??
Andy agak tertarik dengan kenyataan pemimpin PKR yang menjemput Pas
untuk bersama pakatan 2.0, tetapi tidakkah DAP akan memusuhi PKR selepas
mempelawa 'rakan baik' DAP untuk bersama Pakatan menawan Putrajaya pada
pilihan raya akan datang.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali ketika ditemui di 'PJ Half
Marathon' memberitahu beliau menyokong keputusan Presiden PKR Datuk Seri
Dr Wan Azizah yang mengalu-alukan Pas untuk bersama pakatan 2.0.
Jelasnya, Pas bukanlah musuh PKR dan oleh itu mereka menjemput parti
Islam itu untuk bersama mereka dalam pakatan baharu bagi menawan
Putrajaya pada PRU akan datang.
"Seperti yang diputuskan oleh PKR dan diumumkan oleh Presiden PKR, Datuk
Seri Wan Azizah Wan Ismail bahawa PKR akan bekerjasam dengan semua
parti politik yang komited dengan agenda bersama untuk membawa perubahan
dalam negara," kata Azmin.
Wan Azizah sebelum ini menegaskan mahu meneruskan kerjasama politik
dengan Pas walaupun DAP tidak menyukainya kerana DAP tidak mempunyai hak
menghalang PKR untuk berkerja dengan mana-mana pihak yang diingini.
"Kita bekerja dengan semua orang. Kita nak jatuhkan kerajaan zalim yang
membuatkan ekonomi jadi begini dan mahu tatakelola yang baik. Sesiapa
sahaja rakyat Malaysia yang mahu bersama kita, kita alu-alukan," tegas
Ketua Pembangkang itu.
Apakah tindakan DAP selepas pemimpin tertinggi PKR menyatakan hasrat
mereka untuk mengekalkan Pas dalam pakatan pembangkang?? Adakah DAP akan
menurut sahaja perintah PKR atau mereka mempunyai agenda mereka
tersendiri??
Sanggupkah DAP untuk bekerjasama dengan Pas selepas mereka sendiri yang
memutuskan hubungan dengan parti Islam itu?? atau adakah DAP akan keluar
dari pakatan dan keluar bergerak secara solo??
Adakah Pas akan menerima jemputan ini selepas apa yang PKR telah lakukan
kepada mereka ketika DAP sering menyalahkan parti Islam itu dalam
setiap permasalahan?? Apakah Pas sanggup menjadi bahan buli jika
menerima jemputan ini???
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment