Sunday, September 06, 2015
Wanita Bawa Anjing Dalam Troli Dikritik... Memang Patut Pun Dikritik.. Bangang Tak Habis Habis
JOHOR BAHARU : Tindakan dua wanita yang membawa bersama anjing mereka di
dalam troli kosong di sebuah pasar raya di sini disifatkan sebagai tidak
menghormati sensitiviti umat Islam.
Gambar kedua-dua wanita tersebut bersama anjing mereka dimuat naik ke dalam laman Facebook dan menjadi viral.
Ia dipercayai dirakam oleh seorang pelanggan di pasar raya tersebut di Plentong, Masai pada Sabtu.
Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Annie Belinda Han dalam
entrinya menulis kedua-dua wanita tersebut tidak sepatutnya membawa
anjing mereka di kawasan tempat terbuka terutamanya pasar raya.
"Pihak pengurusan premis tersebut juga perlu meletakkan papan tanda
besar "zon larangan membawa binatang" dalam empat bahasa untuk makluman
pelanggan," katanya.
Menurut Annie, pengawal keselamatan bertugas perlu lebih berwaspada dan
pelanggan yang membawa bersama haiwan peliharaan mereka patut dihalang
daripada memasuki pasar raya itu.
Seorang lagi pengguna Facebook, Zaberi Che Mat berkata pengurusan pasar
raya terbabit juga harus lebih bertanggungjawab dan memastikan insiden
tersebut tidak berlaku lagi.
"Dimana pengawal keselamatan bertugas ketika dua wanita membawa bersama
anjing mereka ke dalam pasar raya? Tindakan perlu diambil terhadap
mereka kerana gagal menghalang kedua-dua wanita itu," katanya.
Seorang jurucakap pasar raya tersebut yang enggan dikenali memberitahu
pemberita pada Ahad bahawa kira-kira 500 troli sudah dibersihkan susulan
insiden pada Sabtu itu.
Troli tersebut sudah dibersihkan (samak) mengikut prinsip Islam dan dengan bantuan sukarelawan dari sebuah masjid berdekatan.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Abdul Samad Salleh berkata
polis tidak menerima sebarang laporan berhubung insiden tersebut.
Beliau turut menasihati pihak pengurusan pasar raya itu supaya tidak
membenarkan pelanggan membawa bersama haiwan peliharaan mereka memasuki
premis berkenaan.
"Sekiranya kami menerima laporan, kami akan merujuk kes itu kepada Majlis Agama Islam Johor untuk tindakan susulan," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment