Sunday, September 06, 2015
Setiausaha Agung UMNO Ada Kuasa Pecat Anggota – Tengku Adnan
PUTRAJAYA : Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini
berkata sebagai Setiausaha Agung UMNO beliau mempunyai kuasa untuk
memecat mana-mana anggota yang melanggar perlembagaan parti tanpa perlu
merujuk kepada Majlis Tertinggi UMNO atau Lembaga Disiplin parti.
Beliau berkata kuasa itu boleh digunakan atas mana-mana anggota yang
melanggar Fasal 20.7 Perlembagaan UMNO iaitu membawa perkara parti atau
keahliannya ke mahkamah tanpa mematuhi sepenuhnya peraturan parti.
Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, berkata demikian
kepada pemberita selepas merasmikan majlis Persidangan Percambahan
Minda Pengerusi, Pentadbiran dan Pegawai Syarak Masjid dan Surau
Parlimen Putrajaya di sini.
Beliau mengulas mengenai pemecatan anggota UMNO cawangan Kampung
Padang Matsirat, Langkawi, Anina Saadudin berkuat kuasa 2 Sept lalu.
Tengku Adnan berkata beliau bersedia untuk disaman oleh Anina kerana
yakin tidak bersalah dan tindakan yang dibuat adalah mengikut peraturan
serta perlembagaan UMNO.
“Kalau dia (Anina) nak saman saya samanlah, saya terima,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment