Friday, May 20, 2016

Anwar Marah Tak Terhingga Bebbb..... Bagaimana Surat Anwar Keluar Dari Penjara?

Kalau keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim atau budak-budak pembangkang nak bising mengenai layanan padanya dalam penjara… cuba tanya bagaimana surat lapan muka boleh keluar dari penjara.

Dari segi peraturan yang ada memang jadi satu kesalahan mana-mana banduan bawa barang keluar masuk tanpa kebenaran Jabatan Penjara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed yang ditanya mengenainya kata beliau sendiri tidak tahu bagaimana surat berkenaan boleh dibawa keluar dari penjara.

Beliau menduga mungkin semasa lawatan.

"Biasanya pesalah tak dibenarkan didatangi pelawat atau berdasarkan jadual. Tapi Anwar diberikan pelbagai keistimewaan termasuk dilawati peguam. Mungkin melalui lawatan itu surat dapat diedarkan," katanya.

Katanya siasatan perlu dibuat untuk tentukan siapa bawa keluar surat itu.

Beliau akui Anwar diberi banyak kelonggaran berbanding banduan lain.

Ini termasuk untuk rawatan dan lawatan.

“Beliau lebih bebas dalam penjara,”katanya pada wartawan di lobi Parlimen Rabu.

Surat Anwar itu meminta pimpinan pembangkang waspada pada Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment