Tuesday, May 17, 2016

Baca Elok-Elok Pemakan Dedak.... Derma Bukan Untuk Cetus Huru-Hara, Kata Putera Arab Saudi

KUALA LUMPUR : Arab Saudi tidak pernah menderma bagi mencetuskan sebarang kecelaruan politik mana-mana negara, kata seorang ahli kerabat keluarga diraja negara berkenaan.

"Arab Saudi tidak pernah memberikan wang untuk menyusahkan regim politik semasa walaupun jika kita tidak bersetuju dengan mereka," kata Putera Sultan Abdul Aziz yang merupakan anak Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud.

Baginda tidak merujuk kepada mana-mana negara secara spesifik termasuk Malaysia dan sumbangan dana RM2.6 bilion.

"Saya benar-benar tidak tahu latar belakang isu ini, bukan saya mahu mengelak tetapi saya benar-benar tidak ada latar belakang.

"Ini isu dalaman Malaysia, dan saya pasti anda akan selesaikannya," kata beliau.

Bagaimanapun beliau akur bahawa Arab Saudi sentiasa menyokong dari segi kewangan dalam pembangunan negara Islam di seluruh dunia.

Putera Sultan berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberian derma kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Beliau ditemui semasa sidang akhbar di Kuala Lumpur, hari ini, sempena lawatan beliau ke negara ini dalam usaha mengeratkan kerjasama dalam sektor pelancongan antara kedua-dua negara, yang mana turut dihadiri Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

Sebelum ini Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata Perdana Menteri tidak melakukan sebarang kesalahan dengan menerima derma RM2.6 bilion yang disahkan daripada keluarga diraja Arab Saudi. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment