Wednesday, May 18, 2016

PRK : Zaid Ibrahim Mula Bingung Dengan Tun Mahathir

KUALA LUMPUR : Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim hari ini bingung dan enggan bersetuju dengan tindakan rakan sekutunya dalam gerakan ‘Selamatkan Malaysia’ serta beberapa pimpinan pembangkang yang lain untuk memberi laluan kepada parti PAS untuk menewaskan Barisan Nasional (BN) dalam pertempuran serentak Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Namun, dalam catatan terbaru di blognya, Zaid menyifatkan ketua gerakan tersebut, Tun Mahathir Mohamad sebagai ‘sudah hilang akal’ apabila bekas perdana menteri itu serta Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dan Aktivis BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan turut ‘merestui’ tindakan tersebut.

“PAS ialah sebuah parti yang hanya mahu umat Islam sebagai pemimpin, menyokong perkahwinan kanak-kanak dan percaya bahawa tempat seorang wanita ialah di rumah.

"Ia juga sebuah parti yang mahu - yang paling utama - undang-undang hudud dilaksanakan di negara ini.

"Anda mahu PAS daripada BN? Anda mesti sudah gila," tulisnya dalam blog.

Dakwa Zaid, pertarungan dua penjuru antara PAS dan BN akan memberi kelebihan kepada BN kerana kedua-dua parti tersebut mempunyai rekod hubungan baik baru-baru ini dan Presiden PAS, Datu Seri Hadi Awang pastinya tidak akan menjatuhkan air muka pemimpin tertinggi negara, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sesetengah pemimpin pembangkang telah hilang pertimbangan kerana asas perjuangan mereka bukan lagi untuk membuat kebajikan kepada rakyat dari segi polisi dan mesej politik.

“Namun, sebaliknya mereka telah dikalahkan oleh hawa nafsu untuk merebut sebanyak mana kerusi yang mampu, tanpa memikirkan hal lain. Ini bukan politik yang progresif,” tegasnya lagi.

Terdahulu, Tun Mahathir ketika berucap dalam Himpunan Selamatkan Malaysia di Stadium Malawati, Shah Alam semalam berkata pembangkang seharusnya bersatu dan tidak menjadikan isu perebutan kerusi sebagai faktor kemenangan BN di dua PRK berkenaan.

Justeru, Tun Mahathir berkata meskipun PAS bukan lagi sebahagian dari pakatan itu HARAPAN perlu bersatu bagi menumbangkan BN. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment