Friday, May 20, 2016

Bila Sudah Dapat Geng Lupalah..... Azmin Tidak Endah Teguran Anwar

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempertahankan tindakan parti itu terlibat dalam gerakan yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mohamed Azmin ber­kata, keputusan untuk terlibat dengan gerakan itu dipersetujui oleh semua parti dalam pakatan pembangkang.

Ini kerana menurutnya, penyer­taan tersebut bukan bertujuan menggulingkan Najib, tetapi mahu menarik sokongan rakyat.

“Bagi saya, keputusan sertai gerakan ini dibuat oleh semua parti dalam pakatan pembangkang.

“Gerakan ini bukan untuk singkirkan Najib atau kuatkan UMNO, tetapi memastikan agenda reformasi dimasukkan dalam deklarasi tersebut dan ia diterima oleh rakyat.

“Buktinya setakat ini kita berjaya dapat sejuta sokongan dan kita akan terus dapatkan sokongan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Stesen Bas Sungai Besar Sentral dan melancarkan perkhidmatan bas percuma, Bas Smart Selangor di sini hari ini.

Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui surat yang ditulisnya dari penjara baru-baru ini meminta pemimpin PKR agar berwaspada dengan muslihat Dr. Mahathir yang mengetuai gerakan tersebut.

Semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail turut meminta peringatan itu diberi perhatian oleh pemimpin pembangkang khususnya PKR.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment