Monday, May 16, 2016

Arab Saudi Derma Bukan Untuk Cetus Huru-hara

http://vid.alarabiya.net/images/2015/11/26/6bd88e81-dcab-47ae-a97d-7f6ac7f517ed/6bd88e81-dcab-47ae-a97d-7f6ac7f517ed_16x9_788x442.JPG
Pengesahan yang telah dibuat oleh Menteri Luar Arab Saudi iaitu Adel Al-Jubier bahawa sumbangan derma yang dibuat oleh kerajaan Arab Saudi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Derma tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik Perdana Menteri.

Sumbangan yang diberikan kepada Najib Razak  yang bernilai RM2.6 bilion itu tidak mengharapkan apa-apa balasan. Arab Saudi juga tidak mahu mencetuskan huru-hara dan kecelaruan politik, berkenaan derma yang telah diberikan kepada Perdana Menteri.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg-LqK5L06-2Gk94UmYgDYJmCkXNC0xOPwkBiM_pIHqtPCcU4GAZaAfy0ZUjJcx9iAVkV1NFyy57s8K7DaGladzg2WH1aYMPUSM63XJMR05dBZA5cc3ahLfwZaVGrwklJ6vslmGp30kRNoC/s640/16.jpg
"Arab Saudi tidak pernah memberikan wang untuk menyusahkan regim politik semasa walaupun jika kita tidak bersetuju dengan mereka," kata Putera Sultan Abdulaziz yang merupakan anak kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Namun, Perdana Menteri telah pun memberi jawapan kepada umum bahawa derma yang diberikan kepada beliau, adalah derma politik oleh Arab Saudi pada Pilihan Raya Umum 2013.

Tetapi pihak pembangkang terus membawa isu ini dengan tohmahan yang keji. Mungkin, pihak pembangkang cemburu dengan derma yang diperolehi oleh Perdana Menteri dan Barisan Nasional (BN).

"Walau semasa pilihanraya kita tahu pihak Amerika menyumbang kepada pembangkang menerusi Institut Republikan, menerusi Institut Demokratik. Sesuatu yang normal bagi kami," kata  Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang juga Menteri Pelancongan.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment