Wednesday, May 18, 2016

Mesej Yang Berguna Yang Perlu Kita Baca..... Ucapan Oleh Abdul Rahman Abdul Kadir

Ketika menghadiri Forum Majlis Keselamatan Jalan Raya di Kolej Komuniti Bukit Beruang minggu lepas, ada soalan menarik dari salah seorang pelajar.

Beliau bertanya kepada PDRM tentang berapakah jumlah kutipan saman selama ini dan ke manakah duit2 itu digunakan. Soalan beliau telah mendapat tepukan gemuruh dari para pelajar kolej. Mereka suka pada bahagian ke manakah duit itu digunakan.

Rakan saya dari PDRM dan JPJ telah menjawab soalan2 tersebut. Kutipan saman adalah bernilai jutaan ringgit dan diserahkan kepada kerajaan. PDRM dan agensi penguatkuasaan lain tidak memperolehi sebarang komisyen kerana mengutip saman. Kerajaan menggunakan hasil kutipannya utk rakyat. Pada hemat saya jawapan itu sudah memadai namun dari gaya audiens yang bising, saya andaikan mereka tidak berpuas hati.

Lalu saya pun menjawab ketika sesi soal jawab saya sungguhpun tidak diminta menjawab. Panjang juga saya jawab ttp ringkasnya...

Saya katakan bahawa saman ini adalah sebagai pengajaran agar kita mematuhi undang2. Undang2 perlu utk memastikan kehidupan kita tidak menjadi anarki. Saya beri contoh, jika lampu isyarat tidak dipatuhi saja, bayangkan berapa banyak kemalangan yang berlaku.

Keduanya, saya lontarkan persoalan semula kepada mereka, di manakah mereka fikir kerajaan membelanjakan wang tersebut.

Lalu mereka menjawab beramai2, "kepada kami pelajar..." dengan suara dan raut wajah boring dengan jawapan klise.

Saya katakan salah. Lalu perhatian mereka tertumpu dan mereka fokus. Saya katakan yang paling banyak menggunakan wang adalah kami di sektor kesihatan. Negara kita adalah merupakan negara yang mempunyai khidmat kesihatan termurah di dunia. Hanya dengan nilai RM 1, rakyat boleh berjumpa dengan doktor pakar hensem macam saya, diberi pemeriksaan, jalani ujian darah, X-ray malah CT scan dan juga dibekalkan ubat2 berkualiti sebeban.

Di sinilah wang anda mengalir adik2. Mungkin adik2 bukan pengguna khidmat ini sekarang tapi di hari2 akan datang pasti digunakan juga khidmat ini. Dengan menyumbang wang pada kerajaan, adik2 sebenarnya menyumbangkan wang bagi kebajikan rakyat. Bukankah ini dikira sebagau pahala seandai betul niatnya.

Adik2 tersebut golongan yang bijak pandai. Kelihatan mereka senyap berfikir. InsyaAllah sampai mesejnya kepada mereka. Semoga mereka menjadi generasi yang mensyukuri nikmat Tuhan yang telah diberikan. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment