Friday, May 20, 2016

#PRKSgBesar : PAN Tetap Berkeras, Sungai Besar Untuk “Test Market”?

EDITOR MENULIS...
20 MEI 2016
azmin pas pan
Apa pun sandiwara yang sedang dimainkan oleh PAN ketika ini terhadap PAS, seperkara yang perlu PAS ketahui ialah PAN sedang merancang untuk menjadikan pilihan raya kecil kali ini sebagai platform untuk mengukur sokongan ke atas parti mesra DAP itu.

Itu antara dapatan yang saya perolehi setelah beberapa hari meluangkan masa membuat panggilan telefon kepada beberapa rakan yang 'signifikan' dengan kawasan Parlimen Sungai Besar.

Para penyokong PAN yang sempat juga saya hubungi berbual bersama di warung-warung, sangat bertegas untuk meletakkan calon dari parti mereka agar bertanding satu lawan satu dengan Barisan Nasional. Saya difahamkan, jentera PAN dari Sabak Bernam yang dikhabarkan jauh lebih kuat dari jentera PAN Sungai Besar sudah bersiap sedia untuk membantu pada pilihan raya kecil kali ini.

Umumnya, PAN tahu bahawa mereka akan kalah, jadi, tidak rugi untuk mereka menggunakan peluang yang ada untuk mengukur sejauh manakah penerimaan rakyat terhadap parti itu. Namun, kemenangan dengan majoriti tipis Barisan Nasional membuatkan PAN tetap optimistik.

Apa relevannya untuk menidakkan peluang PAS untuk bertanding? Tentunya PAN juga mempunyai maruah, dan demi maruah inilah mereka bertali arus menekan PAS agar undur diri. Jika ditakdirkan kalah kepada Barisan Nasional nanti, maka majoriti akan jadi kayu pengukur.

PAN tentu akan mengalami malu yang teramat, sekiranya nanti memperolehi jumlah undi yang sangat sedikit berbanding PAS. Di mana hendak Mat Sabu dan sekutunya meletakkan muka nanti?

Oleh yang demikian, PAS perlu disingkirkan agar tidak meletakkan calon. Dalam senario satu sama satu, PAN lawan BN, kalah sekalipun pasti sekurang-kurangnya mereka memperolehi undi yang banyak apabila undi-undi pembangkang bergabung menjadi satu.

Saya sangat yakin, bahawa keputusan itu nanti akan menjadi asas gerak kerja PAN di Sungai Besar, bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment