Friday, May 20, 2016

Semuanya Kena Kencing Oleh Mahathir... DAP Tetap Bersama Mahathir, Tidak Hirau Amaran Anwar

Kini terbukti bahawa Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara  dan Parti Keadilan Rakyat(PKR) tidak dihormati oleh DAP.  Semalam viral di media massa dan media sosial berkenaan warkah Anwar dari penjara.

Dalam keadaan PKR berada pada tahap yang lemah, kata-kata Ketua Umum Pembangkang, Anwar Ibrahim dianggap sebagai tidak memberi makna lagi. Sebenarnya sejak dahulu lagi kita tahu bahawa DAP merupakan parti yang dominan dalam pakatan, bukannya PKR, bukannya PAS walaupun yang bertungkus lumus berarak, berdemo, guling sana sini itu adalah orang Melayu dari PKR dan PAS.

DAP menegaskan untuk terus bekerjasama dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun selepas terdedahnya ‘warkah dari penjara’ hasil nukilan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tony Pua memberi reaksi bahawa keprihatinan yang ditunjukkan Anwar itu adalah perkara biasa. Bagi DAP,  masih ramai di luar sana yang sangsi dengan Mahathir. Sama seperti mereka meragui ketika Anwar menyertai pembangkang beberapa tahun yang lalu.

Walaupun DAP juga risau dipergunakan oleh Mahathir demi agenda peribadi beliau namun setelah dipertimbangkan segala keburukan dan kebaikkannya, mereka mendapati bahawa faedah yang mereka perolehi daripada pengkhianatan Mahathir terhadap UMNO melebihi kebimbangan mereka.

Dalam surat dengan lapan halaman itu, Anwar mengejutkan banyak pihak dengan kritikan terbuka terhadap Mahathir dan Deklarasi Rakyat selain menyentuh pelbagai isu, daripada masalah keteguhan perjuangan dalam PKR kepada kelicikan dalam politik Malaysia.

Anwar juga turut mengkritik Tun Daim Zainuddin yang dilihat sebagai ‘orang kanan’ beliau serta Tengku Razaleigh Hamzah yang dikatakan bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri.

Antara inti pati amanat Anwar itu ialah terdapat pemimpin PKR bersekongkol dengan Mahathir dan Tun Daim melalui Deklarasi Rakyat sehingga menggugat perjuangan parti itu.

Deklarasi Rakyat turut menafikan kepentingan moral untuk “reformasi terhadap demokrasi yang beramanah” dengan hanya menumpukan kepada pengunduran Najib dan jauh terpesong daripada asas perjuangan PKR untuk kebebasan dan keadilan, kedaulatan undang-undang dan melawan salah guna kuasa serta rasuah, kata Anwar lagi.

Nampaknya dendam Anwar terhadap Mahathir masih membara. Beliau disifatkan sebagai pemimpin zalim dan paling korup sebagai mantan menteri kewangan sambil memetik ungkapan penyair Inggeris terkenal, William Shakespeare : “ular yang dulu mematuk kini memakai mahkota”.

Kini DAP dilihat hanya mencari jalan untuk memusnahkan UMNO semata-mata sehinggakan mereka sanggup bekerjasama dengan Mahathir yang merupakan musuh utama mereka sebelum ini. PKR hanya dianggap berada di tapak kaki mereka sahaja.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment