Monday, May 16, 2016

PAS Tetap Letak Calon Dalam 2 PRK

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.2939.1351995305!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_624/image.jpg
Nampaknya Pas tetap dengan pendirian mahu bertanding dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, apabila Masjlis Syura Pas telah meluluskan nama 2 calon dan nama-nama calon tersebut akan diumumkan kelak.

Dengan keputusan Majlis Syura Pas ini, jelas Pas akan bertanding dalam PRK kali ini walaupun Pakatan Harapan dikhabarkan masih dalam perbincangan untuk meletakkan calon di kerusi terbabit.... Keputusan ini juga, pasti akan menyukarkan lagi usaha Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk mengelakkan pertembungan antara parti pembangkang.

Azmin sebelum ini difahamkan sedang berbincang dengan wakil Pas bagi meletak calon dalam dua kerusi PRK, sekaligus cuba mengelak pertembungan antara parti pembangkang sepertimana yang berlaku dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi berkata, Pas tetap dengan pendirian akan menurunkan calon dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar kerana Pas tidak akan rugi apa-apa sekiranya bertanding dalam PRK ini.

Jelas Hadi, sekiranya Pas kalah dalam PRK ini, Pas tidak mengalami sebarang kerugian... Sebaliknya Pas akan mendapat balik modal yang dipertandingkan... Dan sekiranya Pas berjaya dalam PRK ini, ia merupakan satu bonus buat Pas.

"Kalau bertanding Pas tidak rugi sama ada menang atau kalah, kalau menang untung, kalau kalah balik modal. Barisan Nasional kalau kalah tak rugi, kalau menang balik modal," kata Hadi.

Fuh!! Ayat Hadi betul-betul makan dalam punya... Mesti macai-macai pembangkang menyirap dengan kenyataan Hadi ni... Mana tidaknya, kenyataan Hadi ini sedang mencabar Pakatan Harapan untuk meletakkan calon... Berani ke Pakatan Harapan nak letak calon??

Pas tak takut nak letak calon sebab kedua-dua kerusi ini merupakan kerusi tradisi Pas... Pas pun dah tahu sokongan rakyat di kawasan terbabit... So memang betul lah apa yang dikatakan Hadi... Mereka tidak akan rugi apa-apa, sekiranya bertanding kerana Pas yakin akan memperolehi undi yang akan membolehkan Pas mendapat semula 'wang' deposit pertandingan.

Dalam masa sama, Hadi turut memaklumkan, Pas tidak akan menghalang Pakatan Harapan untuk meletakkan calon mereka dalam PRK ini.

"Kita tak boleh paksa, terpulang kepada mereka," katanya...

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment