Friday, May 20, 2016

PKR Bakal Berpecah Kerana Mahathir

Nampaknya sejak kebelakangan ini parti-parti pembangkang di Malaysia mula berpecah. Sebelum ini seperti diketahui umum Pas telah berpecah dan muncul parti baru iaitu Pan. Dap juga ada masalah dalaman apabila ada suara akar umbi mula mempertikai kredibiliti keluarga Lim. Mutakhir ini kita dapat melihat PKR juga mula bergolak.

Ada dikalangan ahli parti PKR merasakan bahawa Azmin Ali sedang cuba untuk ‘merampas’ PKR dari keluarga Anwar. Mudah bagi Azmin melakukannya kerana kedudukannya sekarang adalah lebih berkuasa dari presiden partinya sendiri. Ini adalah kerana Wan Azizah hanyalah seorang ahli Parlimen biasa dan Azmin adalah seorang menteri besar di negeri yang mempunyai sumber kekayaan yang besar. Lagipun tulang belakang PKR sekarang sedang ‘berehat’ di dalam penjara, lebih memudahkan buat Azmin.

Azmin menghidu peluang yang terbuka ini dan memulakan langkah dengan bergabung dengan ‘bos’ lamanya iaitu Mahathir Mohamad. Azmin bersungguh membantu Mahathir dalam Deklarasi Rakyat untuk menjatuhkan Najib dan menumbangkan BN kerana dia menghidu peluangnya untuk menjadi perdana menteri sekiranya kerajaan sedia ada tumbang pada PRU akan datang. Dengan bergabung dengan Mahathir, Azmin percaya dia akan dapat sokongan dari kalangan penyokong Mahathir. Dalam situasi ini Mahathir dan Azmin sama-sama mempergunakan masing-masing dalam menjayakan agenda mereka.
http://images.says.com/uploads/story_source/source_image/386934/45f0.jpg
Perkara ini dihidu Anwar dan amat merungsingkannya kerana ia akan merencatkan cita-cita Anwar untuk menjadi perdana menteri sebelum dia mati. Bagaimanapun Anwar dalam keadaan yang lemah kerana dia berada di dalam penjara. Anwar hanya boleh mengutus warkah dari penjara meminta simpati dan mengingatkan ahli parti agar tidak berpakat dengan Mahathir. Anwar tahu Mahathir amat membencinya dan cuba ‘merampas’ PKR darinya.

Dalam pada itu Azizah menyifatkan peringatan Anwar melalui surat yang ditulisnya dari penjara mengenai perkara tersebut perlu diberi perhatian. Dia meminta ahli parti berwaspada terhadap agenda Mahathir.

Jelas sekarang kelihatan yang Azizah sudah gagal memimpin PKR sehingga tidak dapat mengawal pergerakkan timbalannya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment