Friday, May 20, 2016

Azmin Gelabah Berdepan Isu 'Surat Anwar'... Engkau Ni Reti Bahasa Ke Tidak??... Ha ha ha

Ditelan mati mak, diluah mati bapak... itu nasib Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berdepan dengan media ketika ditanya mengenai 'surat Anwar' yang tersebar baru-baru ini.

Ini kerana semua maklum dalam PKR pemimpin paling rapat dengan Tun Mahathir Mohamad adalah dirinya, sehingga ramai yang ingat balik sejarah beliau sebagai anak angkat Mahathir satu ketika dulu.

Sebab itu pada Rabu Azmin yang kali pertama berdepan media selepas isu surat ini bocor mengelak untuk berdepan dengan sebarang soalan media berkaitan surat kritikan Anwar terhadap pemimpin PKR yang 'memuja' Mahathir.

Azmin sekadar mengulangi kata-kata presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bahawa surat itu bukan untuk tatapan umum dan soal dalaman parti.

"Saya bersetuju dengan Wan Azizah yakni ia adalah hal dalaman, kita tidak perlu mengulas di luar," ujar Azmin kepada media di Sungai Besar, hari ini.

Ditanya apakah beliau meletakkan kepercayaan kepada Mahathir, beliau itu tidak melayan soalan tersebut dan hanya berkata : "Terima kasih."

Selasa, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dilaporkan berkata, surat Anwar itu dipercayai bersangkut-paut dengan persengketaan dalam PKR sendiri.

"Saya tidak tahu apa yang telah berlaku. Mungkin ekoran perbalahan antara puak Azmin Ali (Menteri Besar Selangor) dengan Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR)," kata Zaid.

Wan Azizah sendiri atau lebih mesra dengan panggilan Kak Wan pula sekadar mengatakan surat itu bukan untuk tatapan umum.

“Ia hal dalaman, hal dalaman,” jelas Kak Wan ketika diminta menjelaskan kesahihan surat tersebut.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli pula menyifatkan nukilan Anwar itu sebagai peringatan pemimpin PKR supaya tidak terbawa-bawa dengan Deklarasi Rakyat adalah tepat pada masanya.

DAP pula menegaskan untuk terus bekerjasama dengan Mahathir kerana menyifatkan keprihatinan yang ditunjukkan Anwar itu adalah perkara biasa. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment