Friday, May 20, 2016

Mereka Berdua Ini Memang Melampau...... Shafie Apdal Mungkin Selamat Dari Tindakan Disiplin UMNO… Muhyiddin-Mukhriz ‘Kes Berat’

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor membayangkan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal mungkin terlepas dari tindakan disiplin kerana beliau ‘ tidak menyerlah bersama pembangkang’.

Namun Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir  adalah ‘ kes berat’

Malah katanya beliau secara peribadi berpandangan bekas Timbaalan Presiden UMNO dan bekas Menteri Besar Kedah itu wajar disingkirkan dari dulu lagi.

"Dia (Shafie) tidak terlalu menyerlah sepentas bersama pembangkang. Terdapat beberapa masalah, tetapi masih ada kelonggaran yang kita masih boleh pertimbangkan.

"Tetapi dua orang ini (Mukhriz dan Muhyiddin) sudah bersama pembangkang, jadi itu kita tidak boleh terima," katanya kepada wartawan ketika ditemui di lobi bangunan Parlimen Isnin.

Tengku Adnan kata Lembaga Disiplin UMNO sudahpun menghantar keputusan mengenai mereka kepada Majlis Tertinggi UMNO untuk dibuat penentuan.

"Kertas siasatan telah diberikan kepada kita (Majlis Tertinggi) dan biarlah mereka yang tentukan,"katanya.

Menurut beliau Majlis Tertinggi UMNO akan adakan mesyuarat bulanan pada hujung bulan ini.

Mengenai kenyataan  Tun Dr Mahathir Mohamad di perhimpunan Selamatkan Malaysia di Stadium Malawati kelmarin yang harap BN kalah di pilihanraya kecil Sungai Besar-Kuala Selangor,Tengku Adnan kata kini sudah jelas bekas Perdana Menteri itu mahu ‘ bunuh BN’.

Katanya dulu sasarannya cuma Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sahaja.

"Beliau  berkata jangan undi BN dalam pilihan raya kecil.Ini adalah jelas bahawa beliau dengan parti pembangkang mahu membunuh parti kita,"katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment